Lengkapkan Blog Anda dengan Banner Tumblr

Cantikkan profil Tumblr anda dengan sepanduk yang menunjukkan gaya peribadi anda dengan pembuat sepanduk mudah digunakan Canva.

Cipta banner Tumblr untuk membuatkan blog anda menonjol

Blog Tumblr yang hebat memerlukan banner, sama seperti akhbar yang memerlukan nama akhbar atau buku memerlukan kulit. Hiasilah blog Tumblr anda dengan banner yang bergaya hanya dengan beberapa klik dengan Canva!

Canva dilengkapi dengan alatan untuk menyerlahkan blog anda dan menjadikannya bersinar tanpa mengira tema yang anda gunakan. Sudah tentu bukan benar-benar bersinar, (melainkan anda pun sukakannya begitu). Fon daripada pelbagai bentuk dan gaya, latar yang banyak dan pustaka yang mempunyai lebih 1 juta imej dan grafik stok, semuanya di hujung jari anda dengan pembuat banner Tumblr Canva.

Anda perlukan grafik yang menakjubkan untuk blog Tumblr anda? Kami juga ada!

Buat banner Tumblr dalam masa lima minit

  1. Buka akaun Canva baharu untuk mula membuat reka bentuk Banner Tumblr anda.

  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.

  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

  5. Simpan dan kongsi.

Buka Reka Bentuk Banner Tumblr yang Baharu

Berikan tipografi yang pintar dan moden kepada banner anda

Anda tidak pasti cara hendak bermula? Canva mempunyai pelbagai susun atur yang anggun dan percuma untuk pilihan anda. Hanya klik pada alatan “Teks” dan tatal dalamnya sehingga anda menjumpai susun atur yang sesuai untuk anda. Tambah tajuk blog anda, sari kata yang mencuit hati atau apa-apa sahaja untuk membuat banner Tumblr anda menonjol daripada yang lain. Dengan hanya beberapa klik lagi, anda juga boleh ubah warna, saiz atau apa-apa sahaja untuk membuat design (atau reka bentuk) itu kepunyaan anda.

Selepas itu, peribadikan banner anda dengan memuat naik gambar anda sendiri, atau pilih daripada koleksi kami dengan lebih 1 juta ikon, ilustrasi, dan unsur design. Canva mempunyai pelbagai grafik percuma untuk dipilih dan grafik premium boleh didapati dengan hanya $ 1 .

Buat banner anda bersedia untuk Tumblr dalam hanya beberapa klik

Penambahan banner baharu anda pada Tumblr menjadi mudah dengan Canva, sama ada anda menggunakan antara muka dalam talian atau aplikasi iPhone, iPad atau Android percuma kami. Sebaik sahaja anda selesai mereka bentuk, hanya eksportkan ciptaan hebat anda sebagai fail PNG yang sesuai untuk web. Kemudian, muat naik fail anda ke hos imej kegemaran anda dan masukkan URL ke dalam alat penyesuaian blog Tumblr.

Bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada komuniti Tumblr

Selepas banner Tumblr baharu anda menjadi popular dengan pengikut anda, anda juga boleh kongsikan rahsia anda. Canva memudahkan anda berkongsi design ke Facebook, Twitter atau ke mana-mana sahaja.

Cuma buka rekaan kain rentang Tumblr di Canva dan klik butang Kongsi. Anda boleh memilih untuk menyiarkan kain rentang anda ke akaun media sosial lain anda atau hantar keluar pautan ke versi boleh edit rekaan anda.

Lebih Banyak Design Banner