Biar Canva membantu anda mereka bentuk label botol minuman peribadi untuk memberikan tanggapan pertama yang hebat dalam mana-mana majlis.

Tonjolkan jenama pada botol, majlis atau peristiwa penting anda dalam masa beberapa minit sahaja

Jika anda akan membekalkan botol minuman dalam majlis anda yang seterusnya, mengapa tidak menambah sentuhan istimewa dengan label botol minuman rekaan tersuai? Sama ada anda akan mengadakan majlis perkahwinan, majlis bakal ibu, majlis pertunangan, atau majlis hari jadi, label botol minuman tersuai boleh menambah sedikit butiran istimewa itu. Ia juga sesuai untuk persidangan, seminar, perlawanan sukan dan acara kebajikan!

Dengan Canva, anda boleh menyesuaikan label anda mengikut kehendak anda menggunakan fon, imej dan unsur yang sesuai dengan majlis. Dalam masa beberapa minit, anda boleh memiliki label botol minuman yang menarik perhatian yang menjadikan majlis, jenama atau mesej anda sesuatu yang tidak akan dilupakan.

Mereka label botol minuman yang cantik adalah mudah sekali

  1. Buat akaun Canva baharu untuk memulakan design Label Botol Minuman anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Berikan sentuhan yang unik kepada label botol minuman anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami dengan lebih 1 juta foto, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon baharu.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks anda untuk menghasilkan gaya tambahan.

Buat design label botol minuman anda dengan mudah

Jika anda risau tentang design label botol minuman anda, anda tidak perlu rasa bimbang kerana dengan Canva, design grafik adalah lancar, memperkasa dan mudah. Kami pasti akan membantu anda.

Platform Canva yang mudah digunakan mengelakkan anda terkeliru dengan proses design grafik. Dengan Canva, design yang baik mudah didapati dan senang. Oleh itu, grafik dan imej yang cantik berada di hujung jari anda. Anda boleh membuat label botol minuman tersuai anda sendiri dengan beberapa seretan, lepasan dan pangkasan yang mudah. Malah, dengan pilihan unsur design Canva yang besar, anda boleh menggambarkan jenama, personaliti atau majlis anda dengan sewajarnya. Walau apa-apa jua tujuan label botol minuman anda, anda boleh membuat sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Buat pelbagai susun atur yang unik dengan mudah

Tambahkan keseronokan dengan membuat pelbagai label botol minuman untuk majlis yang sama. Anda akan mengadakan majlis bakal ibu? Buat label botol minuman menggunakan warna merah jambu dan biru. Anda akan menjual botol minuman semasa perlawanan sukan? Buat dua label yang berbeza untuk pasukan lawan supaya para hadirin bukan sahaja mahu membeli botol minuman anda, tetapi juga melambangkan diri mereka.

Anda boleh melakukannya dengan Canva dan menjimatkan banyak masa. Hanya buat salinan pendua untuk design anda bagi membuat pelbagai label botol minuman. Setelah anda menyiapkannya, anda cuma perlu menukar sedikit butiran untuk memiliki dua design atau lebih dalam masa beberapa minit sahaja.

Berkongsi, bekerjasama dan dapatkan maklum balas daripada orang lain

Kami pasti label botol minuman anda akan kelihatan hebat, tetapi jika anda tidak pasti tentang design anda, anda sentiasa boleh berkongsinya dengan rakan-rakan anda atau rakan sekerja anda untuk mendapatkan maklum balas mereka. Malah, jika anda mempunyai semangat bekerja secara berkumpulan, anda juga boleh membuat pilihan yang memberi mereka kebolehan untuk mengedit design anda. Hebat, bukan?

Bekerjasama dengan Canva adalah sungguh mudah! Anda tidak perlu menghantar design anda melalui e-mel untuk mendapatkan maklum balas yang anda ingini; anda boleh berkongsinya dengan kenalan anda menggunakan pautan Canva. Rasa ingin bersosial? Kirimkan Tweet design anda atau berkongsinya pada Facebook. Dengan perkongsian yang begitu mudah, anda akan memiliki design label botol minuman yang bergaya dalam masa yang singkat.

Soalan Lazim

Berapakah kos untuk membuat Label Botol Minuman di Canva?

Mereka bentuk Label Botol Minuman dalam Canva adalah percuma! Pustaka susun atur kad kami telah dibuat oleh pereka bentuk yang hebat yang memudahkan anda untuk membuat design profesional dengan beberapa klik sahaja. Jika anda menggunakan imej anda sendiri dalam design anda, keseluruhan prosesnya adalah percuma.

Anda juga boleh memilih daripada pustaka Canva yang mengandungi lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini adalah percuma, dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu

Adakah Canva tersedia untuk peranti mudah alih?

Ya! Muat turun aplikasi iPhone dan iPad kami dari App Store atau aplikasi Android kami dari Google Play untuk mereka bentuk dari pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja!Ataupun pergi ke www.canva.com untuk mencipta reka bentuk di web tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa.

Bagaimanakah saya boleh menambah jenama pada label botol minuman saya?

Jika anda mencipta label botol air untuk sesebuah acara, pastikan reka bentuk anda mempunyai jenama dan boleh dikenal pasti dengan memuat naik logo anda, menggunakan palet warna jenama anda dan fon yang konsisten. Untuk memuat naik logo anda, klik tab Muat naik dalam panel objek anda, pilih Folder muat naik dan klik butang Muat naik imej anda sendiri yang berwarna hijau. Pilih mana-mana fail PNG, JPEG atau SVG yang ingin anda muat naik dari komputer anda.

Imej yang dimuat naik disimpan secara automatik dalam folder Muat Naik anda, sedia untuk digunakan dalam reka bentuk lain.