Mudah sahaja untuk mereka bentuk jemputan meraikan bakal ibu yang cantik dalam Canva - walaupun tanpa sebarang pengalaman reka bentuk grafik. Pilih daripada pilihan reka letak kami yang unik dan gunakan alat reka bentuk kami yang sungguh ringkas untuk mencipta jemputan meraikan bakal ibu yang sempurna bagi majlis istimewa anda.

How to make a baby shower invitation - Canva

Jemputan meraikan bakal ibu tanpa tekanan

Aturkan agar rancangan majlis meraikan bakal ibu menjadi mudah dan menyeronokkan dengan reka bentuk jemputan yang indah dalam Canva. Cipta jemputan meraikan bakal ibu yang menyerlah dengan memilih warna, fon dan imej untuk dipadankan dengan tema hari istimewa bayi baru lahir anda! Usah sekadar berpuas hati dengan jemputan yang biasa, cipta kad tersuai yang boleh diabadikan untuk tahun-tahun mendatang.

Cara untuk membuat jemputan meraikan bakal ibu

  1. Buka Canva

    Lancarkan aplikasi Canva atau buka halaman web baharu. Anda boleh mendaftar diri ke Canva melalui akaun Google atau Facebook anda jika anda belum melakukannya lagi. Selepas itu, log masuk dan cari jenis reka bentuk “jemputan meraikan bakal ibu” untuk memulakan.

  2. Pilih templat

    Mulakan dengan templat kosong atau teruskan melalui ratusan templat jemputan meraikan bakal ibu di pustaka Canva. Cari dan tapis templat untuk budak perempuan, lelaki, kembar, berwarna-warni, minimalis, bunga, bertema percutian dan banyak lagi.

  3. Terokai ciri

    Pustaka Canva dipenuhi dengan berjuta-juta foto, imej, ilustrasi dan grafik lain yang profesional. Seret dan lepaskan elemen ke halaman anda dalam editor dan susun semula mengikut keinginan anda.

  4. Peribadikan reka bentuk anda

    Berikan sentuhan peribadi kepada jemputan meraikan bakal ibu anda. Muat naik imej, foto, karya seni dan grafik lain anda sendiri untuk memperagakan reka bentuk anda mengikut kehendak anda.

  5. Kongsi atau cetak

    Setelah jemputan meraikan bakal ibu anda lengkap, tiba masanya untuk berkongsi dengan rakan dan keluarga. Siarkannya dalam talian melalui Facebook atau Instagram atau kongsi melalui e-mel. Pesan cetakan melalui Canva Print dan dapatkan penghantaran percuma.

Cipta Jemputan Baharu Bagi Meraikan Bakal Ibu

Cipta jemputan meraikan bakal ibu yang indah secara berjimat

Makanan ringan, kraf dan segala perhiasan – tidak hairanlah jika majlis anda menjadi terlebih belanja. Canva boleh membantu anda membuat kad jemputan berkualiti dengan percuma. Hanya pergi ke www.canva.com dan lihat pustaka susun atur percuma kami.

Sesuaikan jemputan meraikan bakal ibu dengan foto peribadi

Tunjukkan foto bayi baru lahir comel anda dengan memuat naik foto ke Canva dan memasukkannya ke jemputan anda. Anda boleh sertakan seberapa banyak imej milik sendiri yang anda mahu secara percuma.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih unik, anda turut boleh memilih daripada pustaka kami yang terdapat 1 juta imej, ilustrasi dan grafik stok. Kebanyakannya percuma, dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu.

Cetak dalam peleraian tinggi yang menakjubkan atau kongsi jemputan anda dalam talian

Anda mungkin mahu mencetak jemputan meraikan bakal ibu dan menyerahkannya secara peribadi sebagai tanda bertimbang rasa. Untuk mencetak reka bentuk Canva yang telah siap, eksport sebagai PDF. Langkah ini membolehkan anda mencetak dalam peleraian tinggi yang menakjubkan.

Jika anda ingin berkongsi jemputan rai bayi dalam talian, hanya klik pada butang Kongsi dan pilih daripada beberapa pilihan perkongsian seperti menghantar emel, menghantar pautan ke rekaan anda atau dengan menyiarkan jemputan anda terus ke akaun media sosial anda.

Soalan Lazim

Lebih Banyak Design Kad Jemputan