Buat banner Etsy yang Mengagumkan dengan Percuma

Pamerkan gaya dan bakat unik anda melalui sepanduk Etsy tersuai! Dengan lebih 100 reka letak percuma sebagai pilihan dan pustaka yang sarat dengan imej yang mengagumkan, mudah sahaja untuk mencipta sepanduk Etsy yang menakjubkan dalam Canva.

How to make an Etsy banner - Canva

Cipta sepanduk Etsy yang sarat dengan personaliti!

Sama ada anda menggunakan Etsy untuk menjual item, seni atau bekalan buatan sendiri atau vintage –susun atur sepanduk Etsy Canva akan mencerminkan personaliti dan daya tarikan anda. Pasukan pereka bentuk hebat kami bekerja keras untuk mencipta susun atur yang tulen, pelbagai dan yang paling penting – memberi inspirasi! Hanya seret dan lepas imej kegemaran anda, dan ubah warna dan teks untuk dipadankan dengan gaya anda. Untuk sepanduk DIY tersuai yang tentu disukai oleh peminat anda, pembuat sepanduk Etsy Canva boleh memenuhi keperluan reka bentuk anda.

Cara untuk membuat sepanduk Etsy

  1. Daftar diri untuk Canva

    Dapatkan Canva di penyemak imbas anda, di komputer meja anda atau muat turun aplikasi dari App Store atau Play Store. Anda boleh mendaftar diri dengan akaun Facebook atau Google anda. Kemudian, mulakan reka bentuk pertama anda dengan menaip "Sepanduk Etsy" di kotak carian.

  2. Semak imbas templat

    Mulakan reka bentuk sepanduk anda dari awal atau pilih lebih daripada seratus templat sepanduk Etsy yang direka bentuk secara profesional. Gunakan alat carian untuk mencari templat setiap tema, susun atur, industri atau keutamaan gaya.

  3. Terokai ciri

    Gunakan alat seret dan lepas yang berguna untuk menambahkan foto, ikon, ilustrasi, pelekat dan grafik lain ke reka bentuk anda. Pilih latar belakang yang unik, skema warna, kombinasi fon dan efek animasi untuk menonjolkan gambar anda.

  4. Sesuaikan sepanduk anda

    Buat sepanduk yang unik dengan memuat naik foto, imej, elemen penjenamaan atau karya seni anda. Lakukan eksperimen dengan templat yang anda pilih, ubah saiz imej, tukar gaya fon dan cuba pelbagai kombinasi warna.

  5. Terbitkan dan kongsi

    Gembira dengan hasilnya? Muat turun dan simpan sepanduk anda sebagai JPG atau PNG, kemudian muat naik terus ke halaman Etsy anda. Reka bentuk anda akan disimpan secara automatik, jadi mudah untuk kembali ke editor pada bila-bila masa dan membuat kemas kini.

Cipta Sepanduk Etsy yang Baharu

Reka bentuk DIY agar sesuai dengan sebarang peruntukan belanja

Baharu sahaja menyiapkan dan menyiarkan profil Etsy anda? Ini projek yang menarik untuk dimulakan! Jangan risau jika anda tiada sebarang pengalaman reka bentuk grafik atau belanjawan pemasaran yang besar. Pembuat sepanduk Etsy Canva memudahkan anda mencipta grafik yang kelihatan hebat dalam hanya beberapa minit. Pergi ke laman Canva untuk menemui susun atur daripada pustaka kami yang mengagumkan, dicipta oleh pereka bentuk profesional. Ia boleh digunakan dengan percuma. Anda cuma perlu menyesuaikan imej, fon dan warna yang disukai untuk mencipta sepanduk Etsy menakjubkan yang akan menarik perhatian khalayak anda.

Sesuaikan imej atau foto stok yang berkualiti tinggi

Pamerkan projek seni dan kraftangan anda dengan memuat naik imej anda sendiri ke Canva. Anda boleh memuat naik seberapa banyak imej yang anda mahu secara percuma. Jika anda ingin menggunakan imej berkualiti tinggi, semak pustaka kami yang mengandungi lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakannya percuma dan yang selebihnya cuma berharga $1.

Sesuaikan sepanduk Etsy anda seberapa kerap yang anda mahu

Anda tidak perlu bermula dari mula setiap kali mencipta sepanduk Etsy yang baharu di Canva. Setiap kali anda mencipta reka bentuk, ia akan disimpan di laman Canva anda. Untuk mencipta sepanduk baharu yang segar, perkara yang anda perlu lakukan hanyalah seret dan lepas imej baharu dan tukar teks. Semudah itu. Jika anda ingin mengembangkan lagi perniagaan Etsy anda, kami mempunyai semua jenis reka bentuk yang diperlukan untuk mempromosikan perniagaan anda. Cipta poster, risalah, kad perniagaan dan brosur tersuai, dan kemudian cantikkan halaman Facebook, dan Twitter .

Diilhamkan? Mulakan mereka bentuk

Canva ialah platform dalam talian percuma yang membolehkan anda untuk mencipta reka bentuk yang menakjubkan tanpa sebarang kemahiran reka bentuk grafik. Semua susun atur dalam pustaka kami diberikan percuma untuk digunakan seberapa kerap yang anda mahu. Tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa untuk menggunakan Canva pada web. Hanya pergi ke www.canva.com dan cipta akaun dalam talian untuk bermula. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun Canva pada peranti iPhone, iPad dan Android anda secara percuma, yang membolehkan anda mencipta reka bentuk di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja!

Soalan Lazim

Lebih Banyak Design Banner