1. Cipta Kad ID

Reka Bentuk ID Tersuai Secara Dalam Talian menggunakan Canva

Gunakan alatan reka bentuk seret dan lepas Canva yang sangat mudah digunakan untuk mencipta kad I.D. tersuai anda sendiri.

ID Landing Page

Reka bentuk ID tersuai anda sendiri untuk aktiviti kelab atau acara anda

Tiada lagi hari-hari membosankan dengan kad ID hitam dan putih tanpa identiti sebenar tersendiri. Masanya untuk menaik taraf kad kelab anda dan menjadikannya item koleksi sebenar, memorabilia yang akan disimpan oleh tetamu anda lama selepas acara selesai dan semua orang pulang.

Walaupun kad ID merupakan satu keperluan, anda tidak perlu mengupah pereka bentuk profesional. Dengan Canva, anda boleh mencipta kad ID anda sendiri, tanpa memerlukan pengalaman mereka bentuk. Pilih mana-mana templat sedia cipta yang telah dihasilkan oleh kumpulan pereka bentuk profesional kami yang hebat, kemudian sesuaikan sebanyak atau sesedikit mungkin mengikut keperluan. Menggunakan alatan reka bentuk seret dan lepas kami, anda boleh bereksperimen dengan reka bentuk sehingga mencipta satu yang tepat untuk anda.

Ikuti 5 langkah ini untuk mereka bentuk ID anda sendiri

ID Landing Page
Mula senarai: Ikuti 5 langkah ini untuk mereka bentuk ID anda sendiri

Langkah 1

Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk ID anda sendiri.

Langkah 2

Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.

Langkah 3

Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

Langkah 4

Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

Langkah 5

Simpan dan kongsi.

Tamat senarai: Ikuti 5 langkah ini untuk mereka bentuk ID anda sendiri
Mula Mereka Bentuk Kad ID

Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk ID anda sendiri.

Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.

Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

Simpan dan kongsi.

Mula Mereka Bentuk Kad ID

Mulakan dengan templat sedia cipta dan sesuaikan agar kelihatan seperti yang anda mahu

ID berbeza memenuhi keperluan berbeza, jadi ia penting untuk menyesuaikan ID anda agar menepati keperluan anda. Kad ID boleh memberi ahli kelab anda, acara sekolah atau hobi kumpulan status keahlian sebenar dan rasa kepunyaan. Semasa acara, ia dapat membantu para hadirin dan juga kakitangan mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab terhadap apa.

Jangan biarkan grid dan dimensi menakutkan anda daripada mencipta set kad ID anda sendiri untuk sebarang majlis atau kumpulan keahlian. Mulakan dengan memilih templat, kemudian edit agar sepadan dengan gaya ID yang anda mahu – landskap atau potret, lebar atau sempit, foto atau kosong.

Tambah logo anda sendiri atau semak imbas ikon dan logo untuk mendapatkan idea

ID tidak sempurna tanpa lambang yang menjadikan organisasi anda unik. Anda boleh memastikannya ringkas dengan menambah logo anda atau sibukkan diri dengan palet warna dan tema yang melambangkan jenama anda. Pustaka Canva mengandungi lebih daripada satu juta foto, ilustrasi dan elemen reka bentuk lain yang menjadikan segalanya mudah serta intuitif. Kebanyakannya adalah percuma manakala elemen premium hanya berharga satu dolar. Pergi ke tab "Elemen" untuk menemui lebih banyak bentuk, garisan, ikon atau ilustrasi, kemudian ubah saiz atau warnanya untuk menggambarkan imej jenama anda.

Elemen reka bentuk boleh diubah saiz dengan mudah, hanya dengan menyeret pada mana-mana sudutnya. Mewarna semula ikon atau bentuk adalah perkara mudah dengan menuju ke bar alat dan menggunakan alat roda warna untuk memilih warna yang tepat. Anda juga boleh memasukkan kod heks khusus untuk mendapatkan warna jenama anda tepat.

Muat naik foto dan latar anda sendiri

Jika anda mahu ID anda termasuk foto ahli, anda dengan mudah boleh menambahkan foto terus ke reka bentuk kad anda; tidak perlu lagi memotong foto mengikut saiz dan menampalkan pada kad anda! Muat naik imej anda sendiri menggunakan tab muat naik dan pilih daripada mana-mana fail JPG, PNG atau SVG dalam komputer anda. Dari situ, anda hanya perlu menyeret dan melepaskan imej ke tempat yang anda mahu pada reka bentuk anda.

Ciri muat naik juga membenarkan anda menambahkan latar kad ID anda sendiri pada reka bentuk anda. Cara ini membolehkan ID anda benar-benar menggambarkan imej dan jenama organisasi atau kelab anda.

Soalan Lazim

Hanya pergi ke www.canva.com untuk mula mereka bentuk kad ID diperibadikan anda. Anda tidak perlu memuat turun Canva, hanya cipta akaun dan log masuk.

Jika anda ingin mereka bentuk di mana-mana sahaja, apa kata anda menambah Canva ke aplikasi iPhone, iPad atau Android anda. Ia percuma untuk dimuat turun dari App Store dan Google Play.

Dengan Canva, anda boleh menyesuaikan kad ID anda sebanyak atau sesedikit yang anda mahu. Gunakan susun atur dan elemen sebagai titik permulaan untuk memperibadikan kad anda sendiri. Anda boleh memuat naik imej dan logo anda sendiri hanya dengan mengklik Muat Naik dalam panel objek di sebelah kiri. Setiap kali anda memuat naik imej, imej itu disimpan dalam folder Muat Naik anda untuk digunakan pada bila-bila masa.

Ya, anda boleh! Hanya klik ikon pendua di sebelah kanan setiap reka bentuk dan ia akan disalin. Sebaik sahaja selesai, klik medan nama dan tukar nama untuk setiap kad ID. Jika anda berasa kreatif, anda malah boleh memperibadikan setiap kad ID dengan warna berbeza daripada palet warna kumpulan anda atau hanya skema warna kegemaran anda.


Lebih Banyak Design Untuk Bisnes