

Editor seret dan lepas mudah
1J+ templat direka bentuk secara profesional
Jana kandungan dan media dengan AI
Jemput orang lain dan reka bentuk bersama
Canva ialah alat reka bentuk yang membolehkan anda untuk membuat tayangan slaid yang menakjubkan dalam masa beberapa saat. Hanya buka editor kami, pilih templat tayangan slaid, kemudian tambahkan foto dan video anda. Seterusnya, pilih runut bunyi dan muat turun video anda. Semudah itu sahaja!

Dengan Canva, anda boleh mencipta tayangan slaid foto dan video dengan muzik untuk menarik perhatian pengikut, rakan atau keluarga anda. Di Canva, anda akan menemui templat tayangan slaid untuk semua jenis majlis termasuk majlis perkahwinan, acara kerja, tamat pengajian, ulang tahun, percutian dan banyak lagi.
Magic Studio™ menghimpunkan alat dikuasakan AI yang terbaik untuk anda dan pasukan anda bagi membantu anda mereka bentuk dengan lebih mudah, pantas dan kreatif.
Pembuat tayangan slaid Canva dibina untuk semua orang. Pengalaman tidak diperlukan. Anda boleh mencipt tayangan slaid percuma dari templat bertema percutian, perniagaan, keluarga, atau untuk keseronokan. Pustaka kami sentiasa dikemas kini dengan gaya dan susun atur templat yang segar.
Canva mempunyai ribuan stok video percuma, berjuta-juta stok foto percuma dan beratus-ratus runut muzik percuma. Kami juga mempunyai pelbagai imej premium, runut muzik dan kekaki video yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Mencipta tayangan slaid dengan Canva adalah percuma. Tiada had berapa kali anda boleh membuat atau memuat turun tayangan slaid dan tidak ada tera air yang akan ditambahkan pada reka bentuk anda. Anda juga boleh mencipta tayangan slaid di setiap peranti. Hanya muat turun aplikasi Canva untuk iOS atau Android.
Untuk menambah muzik ke tayangan slaid video anda, hanya pilih fungsi untuk memasukkan audio, sama ada untuk satu slaid atau melintasi beberapa slaid dan pilih “mainkan di latar.” Anda boleh menggunakan alat edit audio pihak ketiga untuk menggabungkan pelbagai lagu ke dalam satu fail untuk dimainkan tanpa henti sepanjang pembentangan.
Hanya pilih alat pembuat tayangan slaid dan muat naik foto anda atau gunakan gambar pra reka bentuk untuk mencipta tayangan slaid anda. Anda boleh memulakan dengan membuat papan cerita pembentangan anda, memilih templat atau susun atur, kemudian menambahkan media. Untuk setiap slaid, anda boleh memilih foto latar, foto atau kolaj yang dicirikan.
Kebanyakan alat pembuat tayangan slaid membenarkan anda untuk menambahkan teks di mana sahaja yang anda perlukan pada setiap slaid. Hanya layangkan kursor anda ke kawasan yang anda mahu masukkan teks dan klik untuk menambahkannya, atau tambahkan kotak teks di atas latar anda.
Anda boleh memuat naik klip video dalam format MOV, GIF, MP4, MPEG, MKV dan WEBM, dengan saiz muat naik maksimum 1GB. Jika video mempunyai latar lut sinar, kami mencadangkan anda memuat naik video sebagai GIF.
Anda juga boleh memuat naik foto. Jika anda memuat naik imej JPEG/JPG, PNG, HEIC/HEIF atau WebP, pastikan fail anda:
Jika anda memuat naik imej SVG, pastikan fail anda:
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan muat naik media kami, semak panduan ini.