Cantumkan gambar orang dan tempat-tempat yang anda suka dengan kolaj foto unik sebagai inspirasi harian secara percuma di Canva. Daftar dan guna sekarang.
Tidak kira betapa sibuknya kerja atau pelajaran anda, tentu anda boleh luangkan masa untuk orang tersayang. Sebabnya mudah sahaja. Anda menyayangi mereka dengan sepenuh hati anda, mereka bagaikan buah hati anda yang sentiasa bersama anda. Itulah alasan yang kukuh untuk mencipta kolaj berbentuk love dengan foto-foto mereka.
Mereka bentuk kolaj berbentuk love dalam Canva dan luangkan lebih masa untuk menemani orang tersayang! Kami bukan sahaja memudahkan anda memuat naik dan menempatkan semua foto, tetapi anda juga boleh memangkas, mengindahkan dan menggunakan penapis foto yang bergaya, kesemuanya dalam satu program. Apabila kolaj anda sedia, anda boleh menggantungkannya pada dinding bilik, sebagai latar telefon bimbit anda atau di mana-mana sahaja yang anda mahu pamerkannya.
Buat akaun Canva baharu untuk mulakan membuat reka bentuk Kolaj Berbentuk Jantung anda sendiri.
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
Simpan dan kongsi.
Canva ialah tempat yang bagus untuk mengumpulkan gambar segala perkara yang anda sayangi. Muat naik foto, imbasan atau imej kegemaran anda daripada web untuk disimpan pada satu tempat. Setelah foto dimuat naik, mudah sahaja bagi anda untuk meleret, meletakkan dan menyusun foto tersebut ke dalam kolaj berbentuk love.
Anda tidak dapat menjumpai foto yang anda suka? Cari dalam koleksi menyeluruh kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, ilustrasi dan unsur design stok. Cari “durian” untuk mengenangkan buah-buahan tropika di kampung halaman anda atau cari “pokok” untuk memberitahu dunia yang anda sangat suka memanjat pokok. Kebanyakan imej adalah percuma manakala imej premium hanya berharga $1, jadi anda boleh memasukkan semua perkara kegemaran anda dalam kolaj anda sesuka hati anda.
Sebaik sahaja kolaj anda dibentangkan dengan bentuk love dengan sempurna, tibalah masanya untuk mencetak dan memenuhi ruang dinding yang kosong dan amat memerlukan unsur sentimental itu. Anda boleh mencetak foto satu persatu ataupun memuat turun seluruh kolaj sebagai PDF berkualiti tinggi untuk dihantar kepada pencetak profesional, supaya anda boleh mempamerkan kolaj anda seperti poster.
Tetapi anda tidak perlu hadkan penyebaran kreativiti anda. Kolaj anda boleh mengukir senyuman pada sesiapa sahaja yang mengambil berat terhadap anda. Buka kolaj anda dan klik butang “Kongsi” untuk dikirimkan ke Twitter atau Facebook dengan cepat, atau hantar kolaj anda ke peti masuk e-mel rakan-rakan dan keluarga anda. Usaha menyebarkan perkara positif tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia!
Anda merindui kampung halaman? Jangan biarkan jarak menghalang anda untuk meluahkan kreativiti dengan rakan anda. Kekal berhubung dengan rakan anda melalui penghasilan kolaj berbentuk hati bersama-sama! Sama ada mereka mengelog masuk ke Canva dalam talian atau membuat reka bentuk menggunakan aplikasi iOS atau Android percuma kami, hanya klik butang “Kongsi” dan tandakan kotak untuk membenarkan orang lain mengedit reka bentuk anda supaya semua rakan boleh menambah dan berkongsi foto serta memastikan persahabatan kekal utuh.