Make your next presentation stand out from the rest with Canva’s quick and easy presentation background maker.
Apabila tiba masanya untuk memberikan ucapan atau berkongsi idea baharu, visual yang berguna dalam pembentangan slaid adalah tidak boleh diabaikan pentingnya: imej dan senarai bulet yang ditayangkan pada skrin besar dan memaparkan slaid satu persatu. Anda tidak perlu pilih daripada senarai susun atur latar yang biasa lagi apabila anda membuat pembentangan pada masa akan datang. Sebaliknya, ciptakannya sendiri menggunakan Canva.
Pustaka foto stok kami yang luas dan alatan seret dan lepas yang mudah digunakan membolehkan anda membuat latar pembentangan yang sempurna dalam masa 5 minit. Tambahkan gaya dengan fon dan kesan, dan anda akan dapat menarik perhatian khalayak. Dan jika anda memerlukan susun atur pembentangan yang sepadan dengan latar anda, kami mempunyai banyak susun atur.
Buka Canva dan pilih jenis design “Pembentangan”.
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
Simpan dan kongsi.
Anda sudah bosan menggunakan latar pembentangan yang tidak kreatif langsung? Dapatkan latar yang dikehendaki dan jadikan pembentangan anda tidak dapat dilupai dengan pustaka luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto dan grafik stok. Dengan banyak foto tersedia secara percuma dan foto premium hanya berharga $1, anda tiada alasan lagi untuk menggunakan latar pembentangan yang membosankan.
Canva amat berguna apabila membuat pembentangan slaid dengan pasukan! Sama ada anda sedang memulakan projek sekolah atau mesyuarat penting di pejabat, Canva membolehkan anda menjemput rakan dan rakan sekerja anda untuk melihat dan menyunting design (atau reka bentuk) anda. Anda turut boleh berkongsi latar pembentangan pada media sosial.
Anda sudah sedia untuk mula menulis? Anda boleh menggunakan latar yang anda reka dalam Canva bagi mana-mana perisian persembahan dengan hanya beberapa klik. Apabila persembahan latar belakang anda selesai, klik pada butang Muat turun dan simpan rekaan anda sebagai fail imej JPEG atau PNG.
Kemudian, tetapkan imej sebagai latar tersuai dalam perisian pembentangan anda dan ubah slaid anda menjadi indah dan mempesona!
Kebanyakan perisian pembentangan adalah perlahan, berat dan lebih bermasalah daripada yang sepatutnya. Bagi pembentangan anda yang akan datang, langkau langkah eksport dan buat pembentangan anda dalam talian menggunakan Canva atau gunakan aplikasi iOS atau Android Canva kami. Ia percuma untuk dimuat turun dari App Store atau Google Play.
To make more slides, simply duplicate your presentation background, drag out text boxes, and add graphics. With over a hundred free fonts to choose from and oodles of layouts – everything from sales pitch decks to church presentations – you can create a slick stack in a fraction of the time it takes to wrestle with your presentation software.