Cantumkan foto kesayangan anda dengan kolaj foto keluarga yang boleh direka dengan Canva. Ianya percuma. Daftar dan reka sendiri tanpa bantuan profesional.
Bilakah kali terakhir seluruh keluarga berkumpul untuk potret foto? Jika sudah bertahun, atau berdekad, tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai kenang-kenangan mesra untuk menyatukan semua orang. Cipta kolaj foto keluarga dalam Canva dan himpunkan wajah ceria berseri-seri semua orang pada satu halaman.
Kami memudahkan anda mereka bentuk, melaraskan dan menyemak semula kolaj foto anda. Tidak pasti sama ada foto Ayah pada Hari Raya lalu nampak sesuai di sebelah gambar bayi Kak Salehah? Cuba setiap gabungan, bersama dengan pelbagai penapis foto kami, sehingga semuanya kelihatan cukup menarik.
Buka Canva dan pilih satu daripada jenis design kami yang mengagumkan atau masukkan dimensi tersuai anda sendiri.
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
Simpan dan kongsi.
Kolaj foto keluarga yang hebat boleh diwarisi generasi dan kami bersedia mengendalikan tugas tersebut. Sama ada foto anda berbentuk digital atau diimbas daripada buku skrap lama serba kekuningan, sungguh mudah untuk memuat naik seluruh koleksi anda ke Canva supaya anda boleh mula memangkas. Anda juga boleh memanfaatkan alatan menyunting foto kami untuk memastikan setiap imej dipaparkan dengan warna yang terang dan kemas.
Adakah keluarga anda agak lucu? Cuba hiasi kolaj anda dengan pelekat dan ilustrasi. Layari koleksi besar kami yang lebih 1 juta foto, ilustrasi dan unsur design stok untuk mendapatkan hiasan bergaya dan gelembung chat untuk ditambahkan pada kolaj anda. Banyak unsur design disediakan secara percuma dan imej premium pula hanya berharga $1, justeru anda boleh tambah cogan kata pada Pak Kamal tanpa memerlukan wang yang banyak.
Anda pasti rasa foto keluarga anda terlalu bagus untuk simpanan sendiri! Pamerkan hasil kerja mesra keluarga anda dengan mengklik butang “Kongsi” untuk menyiarkan kolaj anda pada Twitter atau Facebook dengan mudah. Walaupun Mak Cik Tipah tiada akaun Facebook, anda boleh menghantar design (atau reka bentuk) terus ke peti masuk e-melnya.
Jika kolaj foto keluarga anda benar-benar mengagumkan, anda juga boleh menyediakannya untuk digantung di atas dinding rumah anda. Muat turun kolaj anda sebagai PDF berkualiti tinggi dan hantar kepada pakar pencetakan bagi menyediakannya untuk dibingkaikan dan dijadikan tumpuan utama kediaman anda.
Adakah anda mempunyai ramai lagi pereka bentuk dalam keluarga? Apa kata anda kumpulkan foto keluarga dan hasilkan kolaj bersama-sama? Anda bukan sahaja boleh mengakses Canva walau di mana-mana sahaja terdapat sambungan Internet atau melalui aplikasi iPhone, iPad dan Android percuma kami, malah kami menjadikan kerjasama berjalan lancar. Hanya klik butang “Kongsi”, kemudian tandakan kotak untuk membolehkan orang lain mengedit reka bentuk anda dan mula bekerjasama serta berkongsi sejarah keluarga anda.