Cipta rancangan untuk projek video anda yang seterusnya.Pencipta bod cerita Canva adalah percuma dan mudah untuk digunakan—sesuai untuk bekerjasama dan berkongsi dengan pelanggan.

Pilih daripada pustaka imej ekstensif kami—atau muat naik milik anda sendiri

Hidupkan pemandangan anda tanpa menghabiskan masa yang lama untuk imej yang betul.Pustaka imej Canva mempunyai berjuta imej untuk dipilih, dari foto stok berkualiti tinggi ke ilustrasi.Atau anda boleh menambahkan imej anda sendiri dengan cepat.Hanya seret dan lepaskan dari desktop anda!

Cara membuat bod cerita

  1. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  2. Muat naik foto anda sendiri atau gunakan pustaka imej kami—kami mempunyai berjuta untuk dipilih.
  3. Tambah penapis dan edit teks.
  4. Simpan dan kongsi.

Templat yang menyesuaikan dengan kehendak anda

Video anda dan cerita yang ingin anda beritahu adalah unik dan dengan Canva, anda boleh menyesuaikan seberapa banyak (atau seberapa sedikit!) bod cerita yang anda mahu.Anda boleh menambahkan pengepala, tajuk kecil dan isi teks dengan klik yang ringkas dan pilih jenis dan warna fon anda dengan mudah.

Adakah sesuatu yang penting untuk diketengahkan?Tarik perhatiannya melalui penebalan, penggarisan dan kecondongan.Gunakan pustaka ikon dan ilustrasi kami untuk menyerlahkan pergerakan.

Berkolaborasi bersama kumpulan anda

Kadang kala idea yang terbaik dilahirkan dari usaha kumpulan, jadi jika anda menguruskan bersama sesuatu projek atau malahan bekerja sebagai sebuah kumpulan, anda hanya klik pada butang kongsi untuk bekerjasama.Adakah anda bekerja dari mula dan adakah orang lain bekerja pada skrip?Mengapa tidak kongsikan reka bentuk bod cerita anda dengan mereka dan dapatkan bantuan mereka untuk melengkapkannnya?Anda boleh kongsikan dan berikan akses dengan cepat.Setelah bod cerita anda selesai, kongsikannya dengan seluruh pasukan melalui emel atau muat turunnya sebagai fail sedia-cetak PDF.

Soalan Lazim

Adakah saya perlu memuat turun dan memasang Canva?

Hanya pergi ke www.canva.com untuk mula mencipta bod cerita anda. Anda tidak perlu memuat turun Canva, hanya cipta akaun dan log masuk.

Jika anda ingin mereka bentuk di mana-mana sahaja, muat turun aplikasi iPhone, iPad atau Android kami. Semuanya percuma untuk dibeli dari App Store atau Google Play.

Bagaimanakah cara memuat naik imej atau lakaran saya sendiri untuk bod cerita saya?

Dengan Canva, anda boleh muat naik foto dari komputer atau terus dari Facebook anda dan masukkannya ke dalam reka bentuk anda. Mulakan dengan mengklik tab Muat Naik dalam panel objek anda, pilih folder Muat Naik, klik butang Muat naik imej anda sendiri yang berwarna hijau dan pilih fail yang ingin anda muat naik. Setiap imej yang anda muat naik akan disimpan dalam folder Muat Naik anda secara automatik, sedia untuk digunakan dalam reka bentuk lain.

Adakah Canva mempunyai imej percuma yang saya boleh gunakan?

Ya, ada! Untuk mencari foto percuma sempurna, pergi ke tab Elemen. Dalam tab, klik album Foto Percuma. Anda akan dapat menyemak imbas sejumlah besar pilihan hebat berbeza yang merangkumi pelbagai subjek.Pustaka stok kami yang pelbagai memiliki lebih daripada juta imej stok, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini adalah percuma manakala imej premium hanya berharga $.

Penggunaan imej anda sendiri adalah percuma 100%. Setelah anda memuat naik imej dalam Canva, anda boleh menggunakan imej tersebut mengikut kesukaan anda.