Cipta Poskad Foto yang Menarik untuk dikongsi

Want to make a postcard pen pal? Get your warm, personal correspondence off to a great start by sending a photo postcard designed with Canva.

Mockup_Photo Postcard 2-01

Ubah gambar anda menjadi poskad foto yang menyeronokkan

Adakah anda masih ingat perasaan gembira apabila anda menerima poskad di dalam peti surat anda dahulu? Jangan lupa: tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima Kongsikan kasih sayang! Kekalkan kemesraan dengan rakan dan keluarga anda dengan menukar foto anda kepada poskad foto yang menyentuh hati.

Dengan alatan mudah guna dan susun atur boleh suai Canva, anda tidak perlu menjadi pakar komputer untuk mengingatkan si dia bahawa anda memikirkan tentangnya. Jangan tunggu lagi, tunjukkan kepada orang tersayang yang anda mengambil berat dengan berkongsi poskad foto yang mengarut, serius mahupun hebat hari ini!

Cipta poskad foto yang memukau dalam masa lima minit

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Poskad".
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.
Buka Design Poskad Foto baharu

Berikan hiasan tambahan pada poskad foto anda dengan imej kami yang berkualiti tinggi

Setiap poskad peribadi yang mesra patut dipenuhi dengan foto kesayangan dan kenangan. Pilih salah satu susun atur kami dan mula menambah detik-detik istimewa dengan memuat naik foto tersuai anda sendiri, kemudian seretkan ke dalam design (atau reka bentuk). Anda juga boleh menyunting, memangkas dan menapis foto anda terus dalam Canva, untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kerumitan sebelum pemprosesan.

Kemudian, anda boleh menyerlahkan foto anda mengikut kemahuan anda. Cari dalam koleksi besar kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, imej dan unsur design stok untuk menambah pelekat, kilauan atau kaca mata lucu yang dipakaikan pada rakan anda. Kami mempunyai banyak imej yang anda boleh gunakan dengan percuma manakala imej premium hanya berharga $1. Tiada sebab untuk tidak menggunakan ciri yang indah ini!

Kerja bersama-sama untuk menghasilkan poskad sentimental yang mengagumkan

Poskad foto boleh memberi surat-menyurat anda sentuhan peribadi, namun semua orang patut ikut sama bergembira! Jika anda ingin bekerjasama dengan rakan-rakan dalam mereka poskad foto anda, hanya tandakan kotak dalam butang “Kongsi” untuk membolehkan rakan lain mengedit reka bentuk anda. Tunjukkan kepada rakan anda cara mengakses Canva dalam talian atau bantu mereka memuat turun aplikasi iOS dan Android percuma kami dari App Store dan Google Play. Tidak lama lagi mereka akan mengedit, menyesuai dan yang paling penting, menambah foto sendiri, supaya poskad anda dapat mengabadikan masa-masa indah yang diluangkan bersama.

Lebih Banyak Design Poskad