Pastikan acara atau pesta anda yang seterusnya teratur dengan carta kedudukan tersuai dari Canva.

Buat sendiri carta kedudukan tersuai menggunakan alatan seret dan lepas yang mudah

Apabila merancang sebarang acara, carta kedudukan sangat membantu dalam memastikan anda, acara dan tetamu anda teratur. Sama ada parti makan malam atau majlis resepsi, carta kedudukan yang direka bentuk dengan jelas boleh membantu tetamu anda mencari tempat duduk atau meja yang ditetapkan untuk mereka tanpa banyak masalah. Carta kedudukan juga boleh membantu anda merancang senarai tetamu dan memaksimumkan ruang majlis anda dengan lebih baik. Tanpa carta kedudukan, sesetengah meja mungkin separuh penuh manakala tetamu mungkin bersempit-sempit di meja lain agar mereka boleh duduk bersama-sama rakan, keluarga dan orang kesayangan.

Walaupun carta kedudukan ini berguna, ramai orang yang suka melangkaunya kerana mencipta carta ini boleh menjadi satu proses yang memenatkan. Selain itu, dengan begitu ramai tetamu untuk dibantu, carta kedudukan perlu kelihatan elok. Jika reka bentuk menjadi kebimbangan utama anda, jangan takut kerana Canva memudahkan tugas mereka bentuk carta kedudukan yang cantik. Dengan templat prasiap yang boleh diedit dan pelbagai elemen cantik serta alatan reka bentuk intuitif untuk digunakan, mereka bentuk carta kedudukan tidak pernah semudah atau seseronok ini.

Lima langkah ke arah carta kedudukan yang sempurna

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk carta kedudukan anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan carta kedudukan anda dengan mudah

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami dengan lebih 1 juta foto, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks anda untuk menghasilkan gaya tambahan.

Gunakan templat prasiap untuk bermula

Kadangkala halaman kosong boleh menjadi penghalang terbesar untuk menyiapkan projek sepenting carta kedudukan namun dengan Canva, anda tak perlu bermula dari awal. Untuk bermula, anda boleh pilih mana-mana templat tersedia yang dicipta oleh kumpulan pereka bentuk profesional kami. Templat mempunyai pelbagai tema dan gaya, jadi anda boleh memilih reka bentuk terbaik atau paling hampir dengan keperluan anda. Dari situ, anda cuma perlu menyesuaikan dan mengedit templat untuk mengubahnya menjadi carta kedudukan terbaik bagi acara anda.

Kod warnakan dan labelkan carta kedudukan anda

Jadikan carta kedudukan anda jelas dan mudah dibaca dengan menambahkan label. Anda boleh menetapkan nama untuk setiap kerusi, atau bagi acara yang lebih besar, tetapkan nombor untuk setiap meja, kemudian cipta senarai atau petunjuk nama atau kumpulan yang ditetapkan untuk setiap meja. Tukar warna, saiz atau gaya fon anda dengan mudah menggunakan bar alat.

Kod warna ialah cara hebat untuk menambah selapis lagi organisasi kepada carta kedudukan anda. Ini sangat berguna terutama untuk acara seperti konsert yang mempunyai pelbagai aturan tiket.Jika anda ingin kod warnakan reka bentuk anda, anda boleh gunakan alat roda warna untuk memilih mana-mana rona yang anda mahu. Hanya klik pada elemen atau kotak teks yang ingin anda ubah warna, kemudian klik alat warna pada bar alat. Pilih rona yang sesuai dengan reka bentuk anda atau masukkan kod heks warna yang khusus.

Format teks dalam beberapa klik

Pastikan tetamu anda dapat menemui nama mereka dalam reka bentuk carta kedudukan anda dengan cepat dan mudah menggunakan fon yang mudah dibaca. Dengan Canva, anda mendapat lebih daripada seratus fon percuma dan cantik untuk digunakan.Anda juga boleh mengedit teks anda dalam pelbagai cara untuk memastikannya sesuai dengan keperluan reka bentuk anda. Anda boleh menukar jenis, saiz, warna, penekanan, penjajaran, ruang jarak dan malah transparensi fon.

Untuk memformat teks anda, hanya pilih kotak teks yang ingin anda ubah, kemudian pilih mana-mana alatan teks dan kesan di atas. Perubahan akan dilakukan kepada seluruh kotak teks.

Soalan Lazim

Adakah Canva tersedia untuk peranti mudah alih?

Ya! Muat turun aplikasi iPhone dan iPad kami dari App Store atau aplikasi Android kami dari Google Play untuk mereka bentuk dari pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja!Ataupun pergi ke www.canva.com untuk mencipta reka bentuk di web tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa.

Bagaimanakah ciri design usaha sama berfungsi dalam Canva?

Kolaborasi ialah fungsi yang berguna jika anda ingin mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau penyelaras acara dalam mencipta carta kedudukan anda. Hanya tandakan kotak di sebelah 'Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk yang boleh diedit' untuk membolehkan orang lain mengedit reka bentuk anda. Ini akan memberikan akses kepada mereka untuk mengedit reka bentuk anda dalam akaun Canva peribadi mereka.

Apakah format fail terbaik untuk memuat turun carta kedudukan saya ini?

Mencetak carta kedudukan baharu anda pada kualiti terbaik adalah penting jadi anda perlu memuat turun reka bentuk anda dalam format yang betul. Memilih PDF – Format cetakan akan memuat turun reka bentuk anda dalam DPI (titik setiap inci), yang merupakan kualiti cetakan terbaik.

Sebaik sahaja reka bentuk anda sedia untuk dicetak, hanya klik Muat turun, pilih PDF – Cetak dan kemudian, klik butang Muat turun berwarna hijau untuk menyimpan salinan tempatan reka bentuk carta kedudukan anda pada komputer anda.

Bagaimanakah cara menjajarkan elemen atau kotak teks dalam reka bentuk carta kedudukan saya?

Carta kedudukan anda perlu disusun dengan baik atau diagihkan dengan baik agar tidak kelihatan berterabur atau sesak dan boleh dibaca serta difahami dengan mudah oleh tetamu anda. Untuk menjajarkan teks atau sebarang elemen reka bentuk anda, klik kotak teks, imej atau ikon. Jika terdapat beberapa elemen yang perlu anda jajarkan bersama-sama, pilih semuanya dengan menekan tahan Shift + klik kiri pada setiap elemen, kemudian klik Kumpulan. Sebaik sahaja dibentuk menjadi kumpulan, klik butang Susun, kemudian pilih butang Jajarkan dan pilih sama ada untuk menjajarkan ke kiri, pusat, kanan, atas, tengah atau bawah.