

Editor seret dan lepas mudah
3J+ foto dan grafik stok percuma
Jana kandungan dan media dengan AI
Jemput orang lain dan reka bentuk bersama
Kad jemputan parti haloween rekaan anda sendiri dengan menggunakan Canva. Grafik yang menarik dan pelan susun atur yang pelbagai. Ianya percuma.

Anda bersedia untuk mengadakan parti Halloween dan menjemput semua rakan hantu anda? Reka dan hantar kad jemputan anda dengan Canva!
Sama ada anda mahu parti Halloween anda terdapat gula-gula dan permainan seram untuk kanak-kanak, atau kostum seksi dan koktel yang menyeramkan untuk orang dewasa, kami boleh membantu anda menetapkan suasana dengan susun atur yang berciri menakutkan sehinggalah cantik dan mengasyikkan, ataupun kedua-duanya.
Magic Studio™ menghimpunkan alat dikuasakan AI yang terbaik untuk anda dan pasukan anda bagi membantu anda mereka bentuk dengan lebih mudah, pantas dan kreatif.
Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam parti Halloween! Sama ada anda sedang merancang perjumpaan kumpulan yang tetamu berpakaian baju Halloween atau sesi cerita hantu, kami boleh membantu anda menyebarkan acara anda dengan kad jemputan yang hebat.
Cari dalam pustaka luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, imej dan unsur design (atau reka bentuk) stok untuk mendapatkan tanglung labu, ahli sihir, rumah berhantu ataupun semua jenis foto seram untuk melengkapkan kad jemputan parti Halloween anda. Anda juga boleh memuat naik foto dan imej jahat anda milik anda dan melepaskannya terus ke dalam mana-mana susun atur dalam beberapa saat sahaja.
Adakah kad jemputan anda begitu menggerunkan, sehinggga rakan anda juga mahu membuat kad jemputan yang sama seperti itu? Kami memudahkannya untuk anda berkongsi design dan bekerjasama dengan yang lain.
Untuk bekerjasama, tandai kotak di sebelah “Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting”. Ini akan membenarkan rakan anda untuk mereka semula kad jemputan parti Halloween anda, menambah maklumat hubungan mereka, dan gunakan design kad jemputan anda yang seram itu untuk sambutan Halloween mereka sendiri!
Jadikan rumah anda dipenuhi pelbagai makhluk Halloween! Canva memudahkan anda berkongsi kad jemputan parti Halloween anda dalam talian dan menjemput seberapa ramai tetamu yang anda mahu. Sama ada anda membuat kad jemputan dalam talian atau dengan aplikasi iOS atau Android percuma kami, anda boleh kongsikan kad jemputan anda di Facebook, X (dahulunya Twitter) atau hantar e-mel kepada rakan anda dalam masa beberapa saat.
Adakah anda lebih suka menghantar kad jemputan melalui mel? Tiada masalah! Semua design Canva sedia untuk dicetak. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh mencipta PDF berkualiti tinggi, jadi kad jemputan Halloween anda sedia untuk dicetak, dipek dan dihantar melalui mel.