Laman utama Canva
  1. Cipta Sijil

Buat design sijil pemenang anugerah dalam masa hanya beberapa minit.

Editor seret dan lepas mudah

3J+ foto dan grafik stok percuma

Reka bentuk daripada mana-mana peranti

Jemput orang lain dan reka bentuk bersama

Cipta sijil bagi segala jenis anugerah dengan pembuat sijil seret dan lepas Canva yang percuma.

How to make a certificate - Canva

Buat design sijil yang akan dibanggakan oleh penerima anugerah

Berikan pengiktirafan yang sewajarnya dengan sijil yang direka bentuk secara profesional daripada Canva. Sama ada anda memberikan anugerah kepada pekerja kerana ketaatan dan perkhidmatan mereka atau mengiktiraf penceramah yang berkongsi kepakaran mereka, beri mereka sijil yang direka bentuk dengan cantik sebagai ingatan.

Dengan pilihan templat yang luas dan alat design seret dan lepas yang mudah digunakan, anda boleh menghasilkan sijil yang diperlukan dalam masa hanya beberapa minit, tanpa memerlukan pengalaman design! Tambahkan imej dan ilustrasi berkualiti tinggi, pilih daripada lebih seratus fon dan sesuaikan warna dengan hanya beberapa klik.

Cara untuk membuat sijil

How to make a certificate - Canva

Pilih daripada pustaka templat yang menakjubkan

Dengan menggunakan Canva, anda tidak perlu mula membuat design tanpa sebarang asas. Pereka bentuk Canva yang hebat telah menghasilkan lebih seratus templat sijil yang boleh anda gunakan dan guna semula secara percuma. Layari pilihan untuk mendapatkan templat yang anda perlukan seperti Sijil Pengiktirafan, Kehadiran, Penyelesaian Kursus, Pencapaian dan Diploma. Cipta Sijil Anugerah untuk pertandingan atau hanya untuk seronok — dengan Canva, segala-galanya yang anda perlukan untuk membuat design terdapat di hujung jari anda.

Jadilah pereka atau reka bentuk anda sendiri dengan pasukan anda

Dengan pembuat sijil Canva, anda tidak perlu mengupah pereka hanya untuk membuat Sijil anda. Alat design Canva mudah digunakan dan dihasilkan khas untuk kegunaan orang yang bukan pereka bentuk. Hanya cari elemen dan imej yang anda perlukan dan lepaskannya ke dalam reka bentuk. Cipta gabungan teks yang hebat dengan pemegang teks Canva dan pilih daripada lebih seratus fon yang cantik. Sesuaikan warna dengan alat palet warna dan tambah latar belakang dengan memilih antara pelbagai imej, tekstur dan corak Anda juga boleh menjemput ahli untuk bekerjasama dengan mudah dalam reka bentuk anda bersama-sama dalam masa nyata. Tulis mesej, peribadikan sijil dan cipta sijil yang cantik bersama-sama.

Simpan dan cetak sijil anda dalam resolusi tinggi

Muat turun dan hasilkan sijil resolusi tinggi dengan menyimpannya sebagai fail PDF yang sedia dicetak. Design anda juga boleh dikongsi pada media sosial atau dihantar melalui e-mel terus kepada penerima anugerah. Pergi ke butang kongsi dan pilih pilihan yang dikehendaki.

Soalan Lazim

Kebanyakan sijil penghargaan berukuran 8.5 x 11 inci, saiz sekeping kertas standard. Anda juga boleh memilih untuk mereka bentuk sijil penghargaan berukuran 8.5 x 14, 11 x 14 atau 11 x 17 in, yang juga saiz popular. Landskap adalah orientasi yang paling popular.

Sijil anugerah biasanya termasuk:

  • Imej atau tema
  • Tajuk
  • Baris pembentangan
  • Nama penerima
  • Nama orang atau organisasi yang memberikan anugerah
  • Penerangan tentang bagaimana anugerah itu diperoleh
  • Tarikh
  • Tandatangan.

Nama pada kebanyakan sijil muncul sebagai nama pertama yang penuh, awal tengah dan nama belakang penuh. Jika penerima menggunakan nama tengah mereka dan bukannya nama pertama mereka, anda boleh mengeja nama tengah dan menyimpan nama pertama sebagai nama awal.


Lebih Banyak Design Untuk Bisnes