Berita penting memerlukan reka bentuk yang menarik! Cipta jemputan pertunangan tersuai dalam Canva untuk meraikan berita penyatuan baharu anda.

Kad jemputan tersuai yang tentu disukai tetamu anda

Acara ini pasti dikenangi oleh keluarga dan rakan anda selama bertahun-tahun lamanya! Buat kad jemputan pertunangan yang sesuai dengan majlis menggunakan alatan design kami yang cukup ringkas.

Hanya pilih susun atur kegemaran anda daripada pustaka kami yang menakjubkan dan sesuaikan imej, fon dan warna mengikut kesukaan anda. Biar kami mencungkil bakat kreatif anda – anda tidak perlu mempunyai pengalaman design grafik untuk menghasilkan kad jemputan majlis pertunangan yang mengagumkan dalam Canva.

Semua orang boleh membuat kad jemputan majlis pertunangan yang indah dalam Canva

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Kad Jemputan"
  2. Pilih daripada ratusan susun atur yang direka bentuk dengan profesional
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan

Sesuaikan kad jemputan majlis pertunangan anda supaya nampak lebih profesional

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon baharu.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Buat kad jemputan majlis pertunangan yang cantik tanpa terlebih belanja

Berita penting anda sememangnya menarik, tetapi itu juga bermakna anda perlu mula menyediakan peruntukan belanja untuk hari yang penting itu! Alatan design percuma Canva ialah cara yang benar-benar membantu anda menjimat wang. Pustaka susun atur percuma kami akan membantu anda membuat kad jemputan yang mengagumkan dengan kos yang sedikit sahaja berbanding dengan mengupah pereka bentuk.

Tayangkan foto anda bersama pasangan yang anda suka

Raikan pertunangan anda dengan mengabadikan gambar indah anda dan pasangan anda. Hanya muat naik imej ke pustaka Canva anda dan gunakannya mengikut kesukaan anda.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih unik, anda turut boleh memilih daripada pustaka kami yang terdapat 1 juta imej, ilustrasi dan grafik stok. Kebanyakannya percuma, dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh mencapai Canva?

Anda juga boleh mengakses Canva di web pada peranti mudah alih anda. Untuk akses web, hanya pergi ke www.canva.com untuk bermula. Anda juga boleh menambah Canva ke peranti iPhone, iPad atau Android anda. Hanya muat turun aplikasi kami dari App Store atau Google Play secara percuma.

Berapakah kos untuk membuat kad jemputan majlis pertunangan dalam Canva?

Membuat design kad jemputan pertunangan dalam Canva adalah percuma! Pustaka susun atur jemputan kami dicipta oleh pereka bentuk yang hebat yang menjadikan penciptaan semudah beberapa klik sahaja untuk menyesuaikan design (atau reka bentuk) yang sempurna.
Jika anda menggunakan imej anda sendiri dalam kad ucapan anda, keseluruhan proses adalah percuma. Jika anda menggunakan aset daripada pustaka premium kami, anda tidak perlu membayar lebih daripada $1 bagi setiap imej.

Adakah saya boleh bekerjasama dengan rakan atau keluarga saya?

Sudah tentu boleh. Untuk membenarkan rakan atau ahli keluarga menyunting kad jemputan pertunangan anda, tandai kotak di sebelah “Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting”. Cara ini akan membolehkan mereka menyunting design anda dalam akaun Canva peribadi mereka.

Di manakah saya boleh mendapatkan inspirasi untuk kad jemputan majlis pertunangan saya?

Pustaka reka letak kami menyediakan pilihan kad jemputan majlis pertunangan yang menakjubkan yang dicipta oleh pereka bentuk profesional. Jika anda kebuntuan inspirasi, susun atur ialah tempat yang sesuai untuk bermula.