PERCUMA ONLINE. Tangkap dan kongsi memori sambutan hari lahir melalui kolaj foto yang boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja di Canva!
Sama ada anda menyambutnya di rumah dalam cahaya suram atau keluar malam ke kota bersama-sama rakan karib anda, hari lahir ialah sambutan yang akan sentiasa diingati. Jangan biarkan setahun lagi berlalu tanpa memperingati hari istimewa anda bagi semua orang yang tidak dapat hadir meraikannya dengan mencipta kolaj foto hari lahir .
Walaupun anda bukanlah pereka, kami mempunyai alatan yang anda boleh guna untuk mereka bentuk kolaj yang indah! Dengan pilihan grid design dan susun atur yang bergaya, anda memiliki segalanya untuk menghasilkan kolaj yang anda tentu kenangi pada tahun-tahun akan datang.
Buat akaun Canva baharu untuk mulakan membuat reka bentuk Kolaj Foto Hari Lahir anda sendiri.
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
Simpan dan kongsi.
Mulakan kolaj anda dengan memuat naik semua foto daripada sambutan hari lahir anda atau foto kegemaran anda dari tahun sebelumnya. Seterusnya, seret dan letakkannya ke dalam mana-mana kotak grid atau bingkai. Keseronokan akan bermula!
Serikan kolaj anda dengan foto daripada koleksi menyeluruh kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, ilustrasi dan unsur reka bentuk stok. Cari lampu kota, koktel keraian atau apa-apa sahaja yang dapat mengisahkan tentang hari lahir anda. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium berharga hanya $1, penghasilan kolaj hari lahir anda yang lengkap hanya menelan belanja yang kurang daripada caj kulit kolaj anda.
Tunjukkan hari lahir anda kepada semua orang yang tidak dapat hadir dengan berkongsi (mudah-mudahan tidak keterlaluan) kolaj hari lahir anda. Sebaik sahaja anda selesai membuat reka bentuk, kami memudahkan anda menyebarkan kolaj tersebut di seluruh saluran media sosial anda. Hanya klik butang “Kongsi” untuk menyiarkan kolaj anda dengan segera ke Twitter atau Facebook atau salin pautan tersebut untuk menunjukkan kolaj anda kepada sesiapa sahaja. Seterusnya, bersantailah dan kumpulkan sukaan dan tweet semula.
Masih banyak perkara lagi yang boleh anda lakukan dengan reka bentuk anda! Adakah anda inginkan cara yang cepat dan penuh ingatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu anda? Cetak kolaj foto hari lahir anda dan hasilnya ialah kad terima kasih yang turut berfungsi sebagai kad tanda ingatan. Hanya muat turun PDF berkualiti tinggi dan cetak kolaj anda terus daripada pencetak rumah anda, kemudian masukkan dalam sampul surat yang cantik dan melkannya. Tetamu anda akan kagum dengan gaya dan kematangan karya selepas hari lahir anda!
Bagaimanakah jika anda menghabiskan hari lahir anda dengan berpesta berterusan dan mengambil hanya beberapa gambar? Jelas sekali, inilah masanya untuk menggunakan khidmat kamera dan telefon rakan pesta anda! Hanya buka kolaj anda dah klik “Kongsi”, kemudian tandakan kotak untuk membolehkan orang lain mengedit reka bentuk anda dan kongsikan pautan tersebut di kalangan rakan-rakan anda. Kemudian, rakan yang meraikan hari lahir anda boleh mengelog masuk ke Canva daripada mana-mana komputer atau daripada aplikasi iOS dan Android percuma kami untuk memuat naik foto mereka sendiri serta sama-sama mengabadikan ulang tahun kelahiran anda dari segenap sudut.