Cipta Kad Jemputan Hari Jadi

Dengan ratusan reka letak percuma untuk dipilih dan pustaka yang penuh dengan imej mengagumkan, cukup mudah untuk mencipta jemputan hari lahir yang sempurna dalam Canva.

Create a Birthday Invitation in Canva

Cipta jemputan hari lahir yang sempurna untuk hari istimewa anda

Gunakan Canva untuk mencipta jemputan hari lahir tersuai yang akan disukai oleh rakan dan keluarga anda! Pilihan reka letak kami telah direka untuk dipadankan dengan setiap jenis keraian hari lahir – daripada perhimpunan keluarga hingga ke pelayaran atau percutian hujung minggu.

Gunakan alat reka bentuk seret dan lepas kami untuk menambah sentuhan bakat diri anda. Anda boleh menukar imej, fon dan warna dalam mana-mana reka letak kami untuk mencipta jemputan hari lahir yang sesuai dengan acara anda. jemputan hari lahir yang sesuai dengan acara anda.

Mudah sahaja untuk mencipta jemputan hari lahir yang menakjubkan dalam Canva

  1. Buka Canva dan pilih jenis reka bentuk "Jemputan"
  2. Pilih daripada ratusan reka letak yang direka bentuk secara profesional
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan
Cipta Jemputan Hari Lahir Baharu

Semak lewa pustaka imej kami atau muat naik imej anda sendiri

Pustaka imej kami dapat memenuhi pelbagai keperluan kad jemputan majlis hari lahir anda. Canva memberi anda capaian kepada lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi premium. Kebanyakan imej ini adalah percuma dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu. Daripada funki sehinggalah sentimental, terdapat beribu-ribu pilihan untuk pilihan anda.

Untuk menambah sentuhan peribadi, anda turut boleh memuat naik imej anda sendiri secara percuma. Setelah anda menyimpannya, anda boleh menggunakannya seberapa kerap yang anda mahu.

Cetak jemputan hari lahir anda atau cipta e-jemput funki

Jika anda menyukai cara tradisional, anda boleh mencetak kad jemputan majlis hari jadi anda dan hantar melalui pos! Klik butang "Hantar untuk Cetak" dan biarkan Cetakan Canva menguruskan jemputan hari jadi baharu anda yang cantik! Malah kami akan menghantarnya ke pintu rumah anda.

Jika anda ingin berkongsi jemputan anda di Facebook atau web, hanya klik pada butang Kongsi dan pilih sama ada untuk menghantar jemputan anda melalui emel atau siarkannya terus ke media sosial anda.

Kerjasama dengan rakan anda

Benarkan rakan dan keluarga anda untuk menambah komen serta cadangan pada kad hari jadi anda tanpa bersusah payah untuk menunjukkannya secara bersemuka dengan mereka. Untuk membenarkan orang lain mengedit reka bentuk anda, klik pada butang Kongsi dan pilih opsyen "Boleh edit". Cara ini akan membolehkan mereka mengedit reka bentuk anda dalam akaun Canva peribadi mereka.

Soalan Lazim

Jemputan hari jadi harus merangkumi siapa, apa, bila dan di mana. Maklumkan hari jadi siapa yang akan diraikan, parti atau acara apa yang sedang dirancang, tarikh dan masa acara serta lokasi di mana ia diadakan. Sertakan maklumat kenalan supaya para tetamu dapat RSVP.

Jemputan hari jadi biasanya jatuh di bawah kategori jemputan bersaiz lebih besar, dengan ukuran 4 x 6 inci atau 5 x 7 inci. Ini memberikan ruang yang cukup untuk foto, imej atau ilustrasi serta perincian parti sambil mengimbangi semuanya dengan ruang putih.

Kad jemputan hari jadi menggunakan skema warna terang dengan warna yang kontras antara satu sama lain, mempunyai pengepala yang menarik, mungkin menggunakan penapis warna untuk membuat teks pop dari latar dan biasanya mempunyai satu imej sebagai titik fokus.