

Editor seret dan lepas mudah
3J+ foto dan grafik stok percuma
Jana kandungan dan media dengan AI
Muat turun atau kongsi reka bentuk dengan mudah
Ingin menjual rumah? Jadikan kami sebahagian daripada strategi pengiklanan anda. Buat reka bentuk rumah yang menarik dengan poskad hartanah di Canva dan raih perhatian bakal pembeli!

Kebanyakan iklan hartanah kekurangan design (atau reka bentuk) yang betul-betul hebat. Jangan terlepas jualan lagi disebabkan iklan yang membosankan! Ubah gambar rumah dua tingkat yang pucat dan keterangan yang membosankan menjadi poskad perumahan hartanah yang ceria menggunakan Canva. Buat design poskad hartanah yang menarik perhatian dan tunjukkan kediaman impian kepada orang ramai!
Kami memudahkan anda menyerikan mana-mana iklan dan melanjutkan jangkauan anda ke media sosial. Susun atur yang mempesonakan akan membuatkan bakal pemilik rumah menghubungi anda apabila mereka terjatuh cinta dengan rumah tersebut dan anda boleh mula mengusahakan kertas kerja eskrow.
Magic Studio™ menghimpunkan alat dikuasakan AI yang terbaik untuk anda dan pasukan anda bagi membantu anda mereka bentuk dengan lebih mudah, pantas dan kreatif.
Jadikan foto rumah anda tumpuan utama dengan alatan penyuntingan foto yang mudah dan berkeupayaan tinggi. Anda bukan sahaja boleh memuat naik mana-mana foto dan menambahkannya pada susun atur yang bergaya, bahkan kami juga mempunyai alat yang mudah digunakan bagi membantu anda memangkas, membetulkan dan menapis foto anda sehingga kelihatan sempurna.
Jangan lupa: poskad hartanah yang hebat memerlukan lebih daripada sekadar foto rumah yang indah! Pertimbangkan setiap bahagian design anda dengan menambahkan imej daripada pustaka luas kami yang mempunyai lebih 1 juta imej, ilustrasi dan unsur stok. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga $1, anda boleh menghasilkan poskad perumahan hartanah yang direka bentuk dengan baik tanpa melebihi peruntukan belanja.
Berkembang melangkaui benteng kubikel anda! Penjualan rumah bermaksud anda perlu ke luar dan bertemu pelanggan, jadi mengapa anda tidak membawa stesen kerja reka bentuk bersama anda? Mujurlah dengan Canva, semua reka bentuk anda dimuat naik ke awan, yang membolehkan anda mengaksesnya dalam talian daripada mana-mana sambungan Internet atau melalui aplikasi iPhone, iPad dan Android percuma kami. Ia percuma untuk dimuat turun dari App Store dan Google Play.
Canva juga memudahkan anda bekerjasama dengan orang lain di pejabat anda. Apabila anda berkongsi design anda, hanya tandai kotak “Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting”, dan semua rakan sekerja anda boleh melihat dan mengubah suai poskad perumahan hartanah anda agar kekal terkini atau menawarkan maklum balas yang berguna.