Create a Memorable Thank You Card

Create stunning thank you cards in Canva with our amazingly simple drag-and-drop design tool. With over 100 layouts to choose from, you’ll never be stuck for inspiration!

Create a Memorable Thank You Card

Cipta kad terima kasih peribadi

Tiada cara yang lebih baik untuk menyatakan terima kasih melainkan dengan kad tersuai yang dibuat dalam Canva. Lupakan kad yang biasa – tambahkan gaya anda yang tersendiri dengan menyunting satu daripada reka letak kami yang dibuat dengan cantik! Ia semudah mencari imej yang anda suka, memilih fon dan warna yang menakjubkan dan menambah mesej peribadi anda.

Mula mereka bentuk dalam Canva hari ini sebagai cara yang tulen untuk meluahkan penghargaan anda. Anda boleh membuat reka bentuk yang mengagumkan terus daripada pelayar web anda atau pada aplikasi iPhone, iPad dan Android kami.

Buat kad terima kasih yang cantik dalam masa 5 minit

  1. Buka Canva dan pilih jenis reka bentuk "Kad"
  2. Pilih daripada ratusan reka letak yang direka bentuk secara profesional
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan

Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka premium kami

Lakarkan kenangan berharga dan tambahkan foto sendiri secara percuma! Setelah anda memuat naik imej dalam Canva, anda boleh menggunakan imej tersebut mengikut kesukaan anda. Atau anda boleh pilih daripada pustaka Canva yang mempunyai lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini juga adalah percuma dan imej premium hanya berharga sekadar $1.

Cetak kad terima kasih anda atau kongsikannya dalam talian

Untuk gerak isyarat istimewa yang pasti menggembirakan rakan dan keluarga anda, cetak kad anda dan poskan. Sebaik sahaja anda selesai mereka bentuk, hantarkannya ke Canva Print dan kami akan mencetak kad anda dalam resolusi yang memukau dan menghantarnya terus ke pintu rumah anda.

Anda juga boleh menunjukkan kepada rakan dan keluarga yang anda mengambil berat dengan reka bentuk dalam talian yang indah. Anda boleh kongsikan kad terima kasih anda di media sosial, blog anda atau hantarnya dalam e-mel yang penuh ingatan.

Cipta reka letak kad unik anda sendiri

Di samping memilih reka letak kad terima kasih yang cantik daripada pustaka kami, anda boleh menciptanya sendiri untuk digunakan pada mana-mana majlis lain. Hanya buat salinan reka bentuk yang sedia ada dan suntingnya untuk mencipta sesuatu yang unik.