Simpan kenangan manis dengan buku skrap DIY yang cantik daripada Canva.
Adakah anda rasa buntu apabila melihat kotak foto atau imej-imej yang berlambak-lambak dalam komputer anda? Cuba jadikannya karya seni yang cantik dan penuh kenangan! Jika anda rasa dibebankan dengan proses itu, jangan bimbang, Canva akan mengendalikan kebanyakan kerja berat tersebut dan anda boleh melihat betapa seronok dan mudahnya proses tersebut.
Rahsia kami ialah koleksi templat yang dihasilkan secara profesional oleh pasukan pereka bentuk kami yang mengagumkan. Selepas itu, anda hanya perlu mengubah elemen dan foto, serta beberapa kemasan peribadi pada reka bentuk tambahan tersebut. Kongsi buku skrap anda dengan keluarga dan rakan anda yang lain, serta jemput mereka untuk bekerjasama dengan anda.
Apabila anda telah memilih templat, anda boleh mula memperibadikan design anda. Muat naik foto atau imej anda sendiri dengan pergi ke tab Muat Naik dan menyeret serta melepaskan fail daripada komputer anda ke dalam Canva. Apabila imej disimpan pada folder muat naik anda, ia akan kekal di sana, sedia untuk digunakan dalam design anda yang seterusnya.
Pada masa yang sama, anda boleh menambah ikon, ilustrasi dan juga lebih banyak foto dengan melayari pustaka media Canva yang mengagumkan. Seret dan lepas unsur design baharu ke dalam ruang kerja anda, alihkannya ke tempat yang diingini dan ubah saiz dengan menyeret mana-mana pinggir imej.
Salah satu cara paling mudah untuk menghasilkan tema atau rupa yang menawan bagi buku skrap anda adalah dengan menggunakan penapis pada foto anda. Ingin menambah rasa vintaj pada design anda? Atau, ingin mencuba buku skrap bertema hitam dan putih? Manfaatkan ciri penyuntingan foto Canva yang banyak itu. Hanya klik pada imej anda dan gunakan mana-mana penapis pratetap atau tambah kesan foto seperti vignet, kabur dan proses-x. Anda juga boleh mencuba lebih banyak tetapan seperti melaras beza jelas, kecerahan dan seri warna.
Lebih ramai lebih menyenangkan kerja — dan menambah keseronokan! Dapatkan bantuan daripada rakan dan keluarga bagi projek buku skrap terkini anda dengan berkongsi akses mengedit dengan mereka. Hanya klik pada butang kongsi, tandakan kotak yang membolehkan mereka mengedit kerja anda, kemudian hantarkan pautan yang dijana. Memandangkan Canva disimpan pada awan, anda dan rakan kerjasama boleh mengakses reka bentuk anda pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja, pada sebarang peranti komputer meja, komputer riba, iPhone, iPad atau peranti Android.
Terserah kepada anda untuk memutuskan apa yang harus dimasukkan ke dalam buku skrap anda, tetapi kemungkinannya tiada penghujung. Anda boleh memasukkan foto dan imej, keratan majalah, peta, fabrik, barang dari alam semula jadi, kertas bercorak, hiasan seperti reben dan renda, setem dan stensil, pelekat dan banyak lagi.
Anda boleh mencetak buku skrap digital dalam beberapa langkah mudah. Setelah anda selesai susun atur buku skrap digital anda, ia boleh dicetak sebagai halaman individu dan kemudian di ikat menjadi album buku skrap. Anda juga boleh untuk mencetak susun atur buku skrap kepada beg, kad ucapan atau baju.
Mula-mula anda perlu memutuskan gaya album buku skrap yang anda mahukan: pasca-terikat, tiga-cincin, tali-tali, buku berikat atau lain-lain. Kemudian anda boleh menentukan pada saiz buku skrap anda, dengan ukuran 12 x 12 inci, 8.5 x 11 inci, 8 x 6 inci atau tema mini.