Cipta Muka Depan Wattpad yang Kreatif dan Menarik

Pembuat muka depan Wattpad Canva memudahkan sesiapa sahaja mereka bentuk ciptaan mereka sendiri—walaupun dengan sedikit atau tiada langsung pengalaman mereka bentuk!

wattpadcover

Tarik minat lebih ramai pembaca dengan muka depan yang menarik perhatian

Bahagian sukar sudah diselesaikan. Anda telah menghidupkan cerita anda. Kini tiba masanya untuk mencipta muka depan yang padan dengan imaginasi pembaca anda.

Pembuat muka depan Wattpad percuma Canva sungguh mudah dan sesuai bagi semua penulis — yang celik teknologi dan juga yang baru berjinak-jinak. Antara muka reka bentuk yang mudah digunakan membolehkan anda memilih daripada pilihan meluas reka letak sedia cipta, kemudian seret dan lepas unsur pilihan anda untuk menghasilkan gaya yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Hasilkan muka depan Wattpad yang menawan dalam sekelip mata

  1. Buka Canva dan pilih jenis reka bentuk “Muka Depan Wattpad”
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan

Pilih daripada pustaka imej stok berkualiti tinggi kami—atau gunakan imej milik anda!

Dengan lebih sejuta imej, grafik dan ilustrasi stok tersedia pada laman di Canva, anda pasti tidak akan kehabisan daya cipta. Kebanyakannya adalah percuma, dan imej premium hanya berharga $1. Penggunaan fotografi profesional memastikan muka depan anda berpenampilan cukup menarik pada harga yang berpatutan.

Untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih peribadi, anda turut boleh memuat naik imej milik anda ke tapak untuk digunakan pada muka depan buku anda! Setelah imej tersebut disimpan dalam pustaka anda, imej itu boleh digunakan seberapa kerap yang anda mahu.

Ringkaskan reka bentuk, dan jadi pereka bentuk muka depan Wattpad anda sendiri!

Anda telah menerbitkan sendiri cerita anda, oleh itu, elok juga jika anda turut mencipta sendiri muka depan yang hebat! Koleksi muka depan Wattpad siap buat Canva telah dihasilkan oleh pasukan pereka bentuk kami, dan ini memudahkan kerja anda: anda boleh mendapat muka depan Wattpad rekaan profesional dengan sedikit kos berbanding mengupah pereka bentuk peribadi. Mengapa berbelanja lebih jika anda boleh mencari reka bentuk yang cukup sesuai dalam Canva dan menyesuaikannya kemudian?

Adakah anda lebih mudah mendapat inspirasi semasa dalam perjalanan? Anda boleh mencipta dan mengedit reka bentuk di mana-mana sahaja apabila anda menambahkan Canva ke peranti mudah alih anda. Aplikasi iOS dan Android kami adalah percuma untuk dimuat turun dari App Store atau Google Play.

Promosikan kisah Wattpad anda menggunakan Canva

Jadi pengurus dan pasukan pemasaran anda sendiri dengan berkongsi muka depan Wattpad anda yang telah siap di seluruh rangkaian media sosial anda. Klik pada butang Kongsi dan siarkan rekaan muka depan serba baharu anda terus pada Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Selain itu, jika anda benar-benar ingin mengeluarkannya, klik Muat Turun untuk menyimpan rekaan anda sebagai fail PDF pada komputer anda dan kemudian, cetak sebagai risalah atau poster!