• Utama
  • Cipta Aturcara Perkahwinan

Design Atucara Perkahwinan yang Cantik atas talian dengan Canva

Daripada detik ucapan "Saya Setuju" sehingga Bahagia Selama-Lamanya di Jannah, buat aturcara perkahwinan tanda kenangan melalui Canva.

Beri tetamu anda pratonton tentang hari penting anda melalui Aturcara Perkahwinan tersuai

Merancang sebuah perkahwinan tidak lari daripada keadaan yang agak tertekan dan ia sering kali berakhir dengan kos yang lebih daripada yang sepatutnya. Ia tidak sepatutnya berakhir begitu. Dengan Canva, jimat wang dan masa yang diambil untuk mengupah pereka bentuk grafik dan sebaliknya, cipta program perkahwinan peribadi sempurna yang anda sesuaikan sendiri sepenuhnya. Tanpa mengira tema perkahwinan anda – sama ada gaya kampung, vintaj, mewah atau di inspirasikan oleh Harry Porter – anda boleh mencipta reka bentuk yang sepadan dengan tema secara intuitif.

Pilihlah daripada koleksi templat rekaan profesional Canva. Dari sana, anda boleh mengedit mengikut kehendak anda menggunakan antara muka reka bentuk intuitif Canva. Dalam masa beberapa minit sahaja, anda akan memiliki Program Perkahwinan yang sempurna untuk hari penting anda yang memberi anda lebih banyak masa untuk fokus pada perkara penting yang lain!

Cara untuk membuat program perkahwinan

  1. Buka halaman baharu

    Lancarkan Canva di komputer meja atau mudah alih. Cari halaman utama dan cari jenis reka bentuk “Program Perkahwinan”. Mulakan dari awal dengan halaman kosong atau semak imbas templat untuk mendapatkan inspirasi.

  2. Terokai templat

    Perlukan sedikit arah? Dalam pustaka Canva, anda akan menemui templat untuk setiap tema program perkahwinan, daripada yang berwarna-warni dan berbunga hingga ke pastel dan klasik. Klik pada templat yang anda suka untuk menjadikannya milik anda.

  3. Nikmati pelbagai ciri

    Jadi kreatif dengan berjuta-juta stok foto, imej, ilustrasi, ikon, sempadan, bingkai dan grafik lain. Tambah kotak teks dan pilih gaya fon anda. Terokai skema warna dan latar.

  4. Peribadikan program anda

    Untuk sentuhan yang lebih peribadi, muat naik imej, foto atau karya seni anda sendiri. Campurkan dan padankan elemen daripada templat yang berbeza. Susun semula dan ubah saiz elemen sehingga anda mempunyai susun atur yang sempurna.

  5. Muat turun dan simpan

    Berkongsi dalam talian atau simpan program perkahwinan anda sebagai PDF sedia cetak. Buat salinan cetakan berkualiti tinggi melalui Canva Print dan dihantar ke pintu anda.

Buka Design Aturcara Perkahwinan baharu

Buat design yang peribadi sepenuhnya dan menjimatkan belanja

Bajet perkahwinan boleh menjadi tidak terkawal, justeru anda perlu ketahui cara anda boleh melakukan sesuatu dengan kos yang kurang. Awak boleh menjadi rambang mata dengan banyak templat, imej, fon dan unsur design hebat lain yang percuma. Unsur design premium seperti imej atau ikon adalah hanya berharga $1 untuk setiap sekali penggunaan. Dengan rekaan daripada pereka bentuk organisasi kumpulan kami, templet boleh menjadi sumber inspirasi paling kritikal yang anda perlukan. Kemudian, serat dan lepaskannya, selaraskan fon dan warna dan tanpa anda sedari, anda akan memiliki aturcara perkahwinan peribadi anda sendiri.

Dapatkan bantuan daripada rakan-rakan anda

Membuat aturcara perkahwinan ialah salah satu cara untuk berterima kasih kepada semua orang yang merealisasikan majlis tersebut, membolehkan tetamu mengetahui para hadirin majlis perkahwinan dan perkara yang boleh mereka jangkakan daripada majlis itu. Ia juga merupakan tanda kenangan yang sempurna untuk majlis anda. Pastikan anda mempunyai semua maklumat yang betul dalam aturcara perkahwinan anda dengan menggunakan butang “Kongsi” untuk menghantarkan e-mel perjalanan kerja anda secara terus kepada sesiapa yang memerlukan maklumat. Jemput mereka untuk mengedit, memberikan komen dan memastikan ia kelihatan sempurna.

Sesuaikan design anda menggunakan foto anda sendiri atau layari imej

Tidak menggemari perkahwinan biasa dan tidak kreatif? Kami juga begitu. Membuat program perkahwinan anda yang sangat berbeza daripada yang lain adalah semudah memuat naik gambar, reka bentuk dan ilustrasi resolusi tinggi anda. Bukan sahaja percuma, malah apabila ia dalam Canva, anda boleh menggunakannya sebanyak kali yang anda inginkan.

Tidak mempunyai foto yang bersedia? Tidak mengapa, pustaka media Canva yang hebat – mengandungi lebih daripada sejuta imej stok, ikon dan ilustrasi – akan boleh membantu anda. Layari pelbagai kategori atau cari imej yang spesifik. Apa sahaja yang anda perlukan, pustaka media Canva mengandungi unsur elemen yang berkualiti tinggi sahaja supaya reka bentuk anda akan sentiasa kelihatan cantik, sama ada pada cetakan atau pada skrin.

Soalan Lazim

Program perkahwinan harus merangkumi maklumat asas seperti tarikh, masa dan lokasi perkahwinan; nama bakal pengantin lelaki dan perempuan; nama orang lain dalam majlis; beberapa baris untuk mengalu-alukan tetamu; garis besar prosiding; dan butiran mengenai sambutan selepas itu.

Banyak program perkahwinan adalah ringkas tetapi elegan, dengan fon berkelas yang memperincikan nama pengantin lelaki dan perempuan, masa dan lokasi perkahwinan, dan prosiding, dan dicetak pada satu halaman kertas yang berkualiti tinggi.

Saiz program perkahwinan yang popular ialah 4 inci x 9.25 inci, kerana panjangnya yang lebih panjang menambah sentuhan keanggunan. Ukuran biasa yang lain ialah 4 inci x 6 inci, 8.5 inci x 5.5 inci, 4.25 x 11 inci dan 5.5 inci x 5.5 inci.

Lebih banyak Reka bentuk