Dengan alat tarik dan letak di Canva, anda boleh mencipta Tumblr grafik bergaya untuk blog anda dalam hanya beberapa saat. Daftar sekarang.

Buat imej Tumblr yang menarik perhatian pandangan hidup dengan Canva

Tumblr terkenal dengan kandungan gif, kolaj budaya pop, imej makanan yang berunsur seni, dan gambar pangkasan yang hebat. Anda tidak perlu lagi menunggu untuk post anda diberikan perhatian! Dengan Canva, anda boleh menambah ciptaan unik anda sendiri dengan pembuat imej Tumblr kami.

Anda ingin membuat kolaj foto dengan kapsyen? Canva datang dengan ratusan susun atur tersuai untuk pilihan anda, dan alatan teks yang mudah digunakan dengan koleksi fon yang bermacam-macam gaya. Anda sedia untuk mencuba penapis dan kesan? Canva memberi gambar anda kesan retro dengan cepat dan mudah, atau anda boleh membuatnya sendiri.

Anda perlukan banner Tumblr pula? Kami juga ada!

Sesuaikan imej Tumblr dengan beberapa klik sahaja

  1. Buka Canva dan pilih jenis reka bentuk "Grafik Tumblr".
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan imej Tumblr anda dan tingkatkan jumlah peminat anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Buat kumpulan peminat anda meningkat jumlahnya dengan mendadak

Tumblr ialah tempat untuk menyiarkan apa-apa sahaja yang anda berminat dan Canva memudahkan anda untuk menambah gaya dan cita rasa pada foto anda. Klik pada mana-mana foto dan pilih “Penapis" untuk memilih daripada penapis foto yang popular, atau klik “Pilihan lanjutan" untuk melaraskan ketepuan, seri warna dan banyak lagi.

Beri grafik anda suntikan ekstra dengan menambah ikon, bingkai, atau ilustrasi. Canva mempunyai lebih daripada 1 juta imej stok untuk dilayari dan ditambahkan kepada imej anda, jadi anda tiada sebab untuk menyembunyikan keunikan diri anda lagi. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga $1, tiada sebab foto anda akan diabaikan lagi.

Biar Canva menjadi teman setia Tumblr anda

Sewaktu anda menatal dalam Tumblr untuk mencari gambar kucing yang mencuit hati, Canva sentiasa di hujung jari anda. Akses Canva dalam talian pada bila-bila masa untuk mengedit semua reka bentuk anda atau muat turun aplikasi iOS dan Android percuma kami untuk mencipta grafik Tumblr di mana-mana sahaja.

Anda juga boleh memberi pengikut anda resipi kejayaan Tumblr anda dengan membolehkan mereka menyunting design anda dan bekerjasama dengan anda. Untuk menyiarkan pautan kepada sesiapa sahaja yang boleh menyunting design anda, klik "Kongsi" dan kemudian tandai kotak yang bertanda "Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh disunting" untuk menjemput rakan dan pengikut anda menggunakan susun atur anda untuk blog mereka sendiri.

Jadikan mana-mana gambar sedia untuk dikirim dalam Tumblr

Selepas menapis, menyarikata dan secara amnya membuat grafik yang hebat, anda boleh mengeksportnya dengan mudah dengan menekan butang Muat turun dan menyimpannya sebagai fail imej yang mengagumkan, sedia untuk disiarkan di Tumblr, Facebook, Instagram atau mana-mana platform media sosial lain.

Adakah kolaj Benedict Cumberbatch anda memerlukan layanan seperti bintang? Sebagai peminat sebenar, semua projek rekaan anda boleh dieksport untuk cetakan, sedia untuk disiarkan atau digantungkan pada dinding. Hanya klik Muat turun dan simpannya sebagai fail PDF sedia cetak, anda boleh menghantar kepada mana-mana profesional cetakan.