Timbulkan rasa teruja pada tetamu anda tentang parti anda dengan risalah parti yang hebat! Dengan adanya ratusan susun atur percuma untuk pilihan anda, pembuat risalah parti Canva akan menjimatkan masa dan wang anda sambil mempromosikan parti anda yang akan datang.

Cipta Risalah Parti dalam Canva

Sebarkan berita tentang parti hebat anda dengan design (atau reka bentuk) risalah tersuai

Majlis pasti akan menjadi meriah sekali! Anda telah meluangkan masa berminggu-minggu untuk merancang parti anda dan anda tidak sabar menantikan sambutan yang hebat. Tibalah masanya untuk menyebarkan berita – jadi bagaimanakah risalah parti boleh membantu anda menjayakan acara? Pustaka susun atur risalah parti epik kami boleh disesuaikan untuk apa-apa peristiwa sahaja. Dengan keupayaan untuk memuat naik imej anda sendiri dan pilihan daripada lebih 130 fon dan warna, risalah parti Canva ialah cara yang tepat untuk menyebarkan berita tentang acara anda – tanpa berbelanja sesen pun.

Risalah parti yang unik yang dibuat tersuai dalam Canva

  1. Buat akaun Canva yang baharu untuk memulakan design Risalah Parti anda sendiri
  2. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  3. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
  4. Simpan dan kongsikan design baharu anda!

Tambahkan gaya tersendiri peribadi anda untuk acara istimewa anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami dengan lebih 1 juta foto, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon baharu.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks anda untuk menghasilkan gaya tambahan.

Sebarkan berita tentang acara istimewa anda dengan bergaya

Perancangan parti mungkin merunsingkan – tetapi proses membuat design risalah anda tidak seharusnya begitu! Pembuat risalah parti Canva penuh dengan pilihan susun atur yang cantik supaya anda boleh menyesuaikannya mengikut majlis anda.

Anda hanya perlu memilih imej daripada pustaka stok berkualiti tinggi dan menyesuaikan teks dengan butiran unik anda. Anda boleh kongsikan risalah anda dalam talian atau mencetaknya dalam resolusi tinggi yang menawan. Canva memberi anda kebebasan untuk menghebahkan acara anda mengikut cara yang sesuai dengan anda.

Sesuaikan imej atau foto stok yang berkualiti tinggi

Timbulkan rasa teruja pada tetamu anda tentang parti anda dengan imej tersuai yang hebat! Untuk gaya tersendiri, anda boleh memuat naik seberapa banyak imej sendiri yang anda mahu secara percuma.

Jika anda sedang mencari imej berkualiti tinggi untuk ditambahkan pada risalah anda, pastikan anda melayari pustaka stok kami yang mempunyai lebih 1 juta imej berkualiti tinggi. Kebanyakan imej ini adalah percuma dan imej premium pula hanya berharga sekadar $1.

Cetak risalah parti anda dalam resolusi tinggi yang menawan

Reka bentuk Canva anda pasti nampak hebat apabila dicetak! Anda boleh muat turun reka bentuk anda sebagai fail Cetakan-PDF untuk mencetaknya sendiri atau anda boleh hantar reka bentuk anda terus ke Cetakan Canva. Dengan cetakan warna penuh dua belah dan pilihan kertas serta kemasan yang menarik, risalah pesta anda pasti menjadi perhatian! Malah kami akan menghantarnya ke pintu rumah anda.

Bekerjasama dengan rakan anda

Kerjasama sememangnya menyeronokkan apabila anda mereka bentuk risalah parti untuk rakan bersama atau ahli keluarga! Untuk membolehkan orang lain menyunting design anda, tandai kotak di sebelah ‘Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting’. Cara ini akan membolehkan mereka menyunting design anda dalam akaun Canva peribadi mereka.

Mengundang lebih ramai orang ke parti anda dengan susun atur kami yang lain

Mengundang lebih ramai orang ke parti anda dengan mempromosikan kumpulan muzik yang akan membuat persembahan dalam parti anda menggunakan risalah kumpulan muzik kami. Jika parti anda diadakan di kelab, anda boleh menggunakan susun atur risalah kumpulan muzik kami yang menawan untuk mempromosikan acara tersebut!

Bukan setakat itu sahaja. Manfaatkan media sosial dan sebarkan berita! Anda juga boleh menggunakan Canva untuk mereka bentuk imej pengepala Twitter dan banner Facebook .

Sudah mendapat ilham? Mula membuat design

Canva ialah platform dalam talian percuma yang membolehkan anda untuk membuat design yang menakjubkan tanpa kemahiran design grafik. Semua susun atur dalam pustaka kami adalah percuma untuk digunakan mengikut kesukaan anda.

Tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa untuk menggunakan Canva pada web. Hanya pergi ke www.canva.com dan cipta akaun dalam talian untuk bermula. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun Canva pada peranti iPhone, iPad dan Android anda, yang membolehkan anda membuat reka bentuk di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja!