Cipta jemputan tersuai yang indah untuk menghargai ingatan pengkristianan bayi anda bagi tahun-tahun mendatang.
Cukup mudah untuk membuat kad jemputan majlis pembaptisan yang indah dalam Canva – walaupun tanpa pengalaman design (atau reka bentuk) grafik. Pustaka susun atur kami yang direka dengan profesional boleh disesuaikan dengan kesukaan anda untuk menghasilkan kad jemputan majlis pembaptisan yang unik.
Hanya dengan menambah imej kegemaran serta mengubah warna dan fon pada susun atur, anda akan mencipta design tersuai yang indah. Keluarga dan rakan jatuh hati dengan kad jemputan pembaptisan tersebut dan anda akan menghargainya untuk tahun-tahun yang akan datang.
Buka Canva dan pilih jenis design “Kad Jemputan”
Pilih daripada ratusan susun atur yang direka bentuk dengan profesional
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
Simpan dan kongsikan
Canva membolehkan sesiapa sahaja menjadi pereka bentuk. Alatan design seret dan lepas kami begitu mudah untuk digunakan, meskipun ibu bapa yang tidak begitu celik teknologi pasti akan dapat membuat design yang indah. Hanya pilih susun atur yang anda suka dan laraskan fon, warna dan imej mengikut kesukaan anda.
Jika anda ingin menambah atau mengedit di mana-mana sahaja, tambahkan Canva ke peranti mudah alih anda dengan memuat turun aplikasi iPhone dan iPad percuma kami dari App Store dan aplikasi Android dari Google Play.
Anda mungkin ingin mencetak kad jemputan anda supaya anda boleh menyerahkannya sendiri atau mengeposkannya. Untuk mencetak design Canva yang siap dalam resolusi tinggi yang menakjubkan, hanya simpankannya sebagai PDF.
Jika anda berkongsi kad jemputan majlis pembaptisan anda dalam talian, simpan design anda sebagai PNG. Ini akan memberi anda grafik yang cantik dan boleh dimuat naik di mana-mana sahaja dalam talian – daripada e-mel kepada acara Facebook.
Anda boleh memuat naik seberapa banyak imej yang anda mahu dengan percuma dalam Canva. Hanya tambahkan ke pustaka anda dan gunakannya untuk membuat kad jemputan peribadi bagi bayi baru lahir anda.
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih unik, anda turut boleh memilih daripada pustaka kami yang terdapat 1 juta imej, ilustrasi dan grafik stok. Kebanyakannya percuma, dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu.