Sering menghantar kad terima kasih! Buat kad terima kasih meraikan bakal ibu dengan Canva sebagai cara yang cepat dan ringkas untuk menunjukkan betapa anda menghargai tetamu anda.
Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk bayi dalam kandungan. Keluarga dan rakan menghujani anda dengan hadiah yang bermakna dan anda perlu menyampaikan penghargaan kepada mereka semua! Reka bentuk kad terima kasih untuk majlis bakal ibu anda dengan Canva dan gunakan kekuatan dan kemudahan penggunaan platform design (atau reka bentuk) kami demi menyampaikan penghargaan untuk keluarga anda.
Dengan pilihan luas susun atur moden kami yang menarik, kad terima kasih untuk majlis bakal ibu pasti nampak hebat di samping menjimatkan banyak masa dan duit anda, justeru anda boleh luangkan masa untuk perkara lain.
Buka Canva dan pilih jenis design “Kad Jemputan”
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
Simpan dan kongsikan
Buka Canva dan pilih jenis design “Kad Jemputan”
Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
Simpan dan kongsikan
Adakah anda membuat kad jemputan majlis bakal ibu dengan Canva? Ucapan terima kasih kepada tetamu anda kini lebih mudah! Kami menyimpan semua reka bentuk anda pada awan, jadi anda boleh mengaksesnya dalam talian di mana-mana sahaja atau terus dari peranti mudah alih anda dengan aplikasi iOS dan Android percuma kami. Hanya buka kad jemputan majlis bakal ibu anda, buat salinan reka bentuk dan suaikannya dengan kata-kata penghargaan.
Adakah anda mengambil banyak foto dalam majlis bakal ibu itu? Mudah sahaja untuk menambahkannya pada kad terima kasih anda. Hanya muat naik foto kegemaran anda dalam majlis itu atau hadiah yang anda terima, kemudian seret foto ke dalam reka bentuk anda. Kami memudahkan anda memangkas dan memproses foto anda untuk membuatkannya kelihatan lebih ceria dan menarik.
Jika anda terlalu sibuk untuk mengambil gambar yang anda mahu semasa majlis tersebut, kami juga boleh membantu anda! Cari koleksi besar kami yang mengandungi lebih 1 juta stok foto, imej dan unsur design untuk kereta sorong bayi, belon, baju bayi atau apa-apa sahaja yang anda perlukan untuk melengkapkan kad terima kasih untuk majlis bakal ibu anda. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga $1, anda boleh berterima kasih dengan bergaya tanpa terlebih belanja anda.
Anda sudah selesai mereka bentuk? Kami juga boleh membantu anda menghantar kad tersebut! Kongsikan kad terima kasih untuk majlis bakal ibu dengan semua tetamu anda melalui cara menyalin dan menampal senarai tetamu anda terus ke dalam Canva. Begitulah caranya! Kad terima kasih anda yang comel dan ceria akan sampai ke peti masuk mereka. Kemudian, anda boleh kongsikan kad terima kasih anda pada Facebook dan X (dahulunya Twitter) untuk memberitahu semua orang bahawa kandungan anda akan lahir ke dunia — malah, anda mungkin bertuah mendapat hadiah tambahan!
Jika anda juga ingin menghantar kad kepada nenek di kampung, setiap design Canva juga kelihatan hebat pada cetakan. Hanya muat turun kad terima kasih anda sebagai PDF berkualiti tinggi untuk mencetak terus daripada pencetak rumah anda atau hantar design anda kepada profesional cetakan untuk mendapatkan kad buatan tangan anda sedia untuk dipos kepada semua tetamu anda.