Reka Poskad Percutian Yang Menarik

Anda baru pulang daripada pengembaraan seluruh dunia? Abadikan kenangan pengembaraan anda dan kongsikannya bersama rakan dengan membuat poskad peribadi menggunakan Canva.

Mereka bentuk poskad anda sendiri dan kongsikan perjalanan kehidupan anda

Cara yang terbaik untuk membuktikan anda pengembara dunia adalah dengan menghantar poskad dari tempat-tempat yang kejauhan. Jangan sekali-kali menggunakan poskad membosankan yang dibeli daripada kedai lagi — mereka bentuk poskad anda sendiri menggunakan Canva!

Koleksi susun atur kami yang hebat boleh disesuaikan dengan foto yang mempesonakan dari semua destinasi kegemaran anda. Apabila bergabung dengan pustaka luas grafik dan unsur design (atau reka bentuk) yang sedia digunakan, anda boleh mengubah foto percutian anda kepada poskad percutian yang cukup menarik dalam masa yang amat singkat.

Buat poskad percutian yang sempurna dalam masa lima minit

  1. Buka Canva dan pilih jenis reka bentuk “Poskad”

  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.

  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

  5. Simpan dan kongsi.

Buka Reka Bentuk Poskad yang Baharu

Bawa Canva ke mana-mana sahaja anda berkelana

Anda boleh membawa Canva dalam percutian anda, dan anda tidak perlu mengemaskannya dalam beg pakaian anda! Canva boleh didapati secara percuma dalam talian, jadi anda boleh menyunting poskad percutian anda di mana-mana sahaja. Walaupun teman perjalanan anda mengembara berasingan untuk sehari, Canva membolehkan anda bekerjasama dan berkongsi design anda dengan rakan-rakan anda.

Gunakan aplikasi iPhone, iPad atau Android percuma kami dan anda tidak perlu menunggu sehingga pulang ke hotel untuk mereka bentuk sesuatu. Ambil gambar pantai yang indah dan gunung yang berkabut, kemudian import terus ke dalam poskad anda dengan serta-merta sementara anda masih menikmati pemandangan yang hebat. Jika tidak cukup sempurna, ambil gambar sekali lagi dan teruskan mereka bentuk, di mana-mana jua anda berada.

Muat naik fotografi tersuai atau pilih daripada pustaka stok berkualiti tinggi kami

Jadi, anda telah memuat naik foto anda dan rakan bergambar dengan hidupan liar tempatan, tetapi bagaimana kalau poskad anda memerlukan sentuhan tambahan untuk menyempurnakannya? Pilih daripada pustaka luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, grafik dan unsur design stok untuk mencantikkan dan menyerlahkan lagi gambar percutian anda sendiri.

Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga $1, anda boleh mereka bentuk poskad percutian yang menawan dengan belanja yang amat kecil sahaja.

Lebih banyak Reka bentuk