Setiap pengantin perlukan pengapit. Buat kad jemputan anda di Canva dan tanyakan mereka soalan ini: sudikah awak jadi pengapit pengantin saya? Ianya percuma.

Mockup_Kad Pengapit Pengantin Perempuan-01

Buat design kad jemputan untuk menjadi pengapit perempuan yang bergaya untuk dipadankan dengan perkahwinan anda

Perkahwinan anda ialah hari yang paling penting dalam hidup anda. Anda pasti mahu dikelilingi semua rakan baik anda, memastikan anda tenang dan melalui hari bersejarah itu bersama dengan anda. Minta mereka menjadi pengapit anda dengan bergaya dengan membuat jemputan dengan Canva!

Menanya "Sudikah kamu menjadi pengapit saya?" dan beritahu rakan anda bahawa anda mahu mereka terlibat dalam urusan perkahwinan anda, serta semua perancangan dan keseronokan yang diraikan sebelum hari perkahwinan anda (berikut ialah beberapa idea menarik untuk menanya Sudikah Kamu Menjadi Pengapit Saya). Bermula dengan susun atur kami yang cantik, kemudian perindahkannya dengan aneka pilihan fon, grafik bergaya dan banyak lagi. Kemudian, kongsikan dan hantar kad jemputan anda dengan hanya beberapa klik supaya rakan anda boleh mula merancang parti meraikan bakal pengantin dengan anda!

Buat kad jemputan untuk menjadi pengapit yang setulus hati dalam masa beberapa minit

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Kad Jemputan".
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan kad jemputan untuk menjadi pengapit anda agar sesuai dengan hari istimewa anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Membuat kad jemputan untuk menjadi pengapit yang indah dan dikenangi kemudian dengan Canva

Adakah anda telah memilih pengapit, tetapi memerlukan inspirasi? Cari daripada pustaka kami yang mengandungi lebih 1 juta stok foto dan grafik kek, keriting, pakaian dan apa-apa sahaja yang anda boleh bayangkan untuk membina jemputan yang sesuai bagi anda.

Anda juga boleh menjadikan kad anda sebagai tanda kenangan yang sedia untuk dibuat buku skrap dengan memuat naik dan menambah foto anda dan rakan anda. Kami menjadikannya mudah untuk menambah gambar anda sendiri kepada mana-mana reka letak kami, dengan alatan ringkas untuk membantu anda memangkas, menapis dan meletakkan foto bakal pengapit anda terus pada kad anda.

Bekerjasama dengan rakan karib anda untuk membuat jemputan yang akan disukai oleh semua tetamu anda

Anda sudah bertanya kepada pengapit anda? Canva memudahkan anda berdua mereka bentuk dan mencipta bersama-sama! Anda berdua bukan sahaja boleh mengakses reka bentuk anda dalam talian di mana-mana sahaja anda suka, malah dengan aplikasi iOS dan Android percuma Canva, anda boleh menyiapkan kad untuk gadis-gadis lain di mana-mana sahaja - walaupun semasa anda berdua duduk di sofa memilih gubahan bunga.

Cetak kad jemputan menjadi pengapit dalam resolusi tinggi yang menakjubkan atau kongsinya dalam talian

Setelah kad anda selesai direka, anda boleh mencipta PDF berkualiti tinggi yang sedia untuk dicetak dan dipos dengan mudah. Cetak kad tersebut daripada pencetak rumah anda, atau hantarkan PDF anda kepada profesional cetakan untuk menyerlahkan kad jemputan menjadi pengapit anda dengan hiasan dan sampul surat comel.

Adakah semua pengapit anda celik media sosial? Kami memudahkan perkongsian design anda dalam talian. Hanya dengan beberapa klik, anda boleh berkongsi kad jemputan menjadi pengapit anda ke Facebook, Twitter atau terus kepada peti masuk rakan anda. Dan selebihnya anda hanya perlu bersedia untuk hari istimewa anda!