Cipta Kolaj Foto Sukan yang Epik

Abadikan gambar kemenangan atau kekalahan pasukan kesayangan anda dengan kolaj foto dari Canva. Daftar dan reka sendiri tanpa bantuan profesional.

Cipta kolaj foto sukan yang menyerlah daripada foto-foto pasukan kegemaran

Terdapat banyak cara untuk menghormati kehebatan, tetapi cara yang paling berkesan ialah menghimpunkan saat-saat gemilangnya! Kenangkan detik menjaringkan gol dan detik memecahkan rekod yang lain dalam kolaj yang menakjubkan! Raikan pemain, pasukan, dan sukan kegemaran dengan mencipta kolaj foto aksi-aksi hebat dan semangat sukan yang mengagumkan.

Anda baru mula membuat design (atau reka bentuk) grafik? Tiada masalah. Kami mempunyai grid design dan susun atur yang tersedia agar anda boleh membina kolaj foto sukan yang menarik. Sama ada anda berminat bola sepak, ragbi atau badminton, kami mempunyai banyak alatan untuk membantu anda menunjukkan kesetiaan dan dedikasi anda.

Buat design kolaj foto sukan dalam tempoh sesingkat separuh masa permainan sahaja

  1. Buat akaun Canva baharu untuk mula membuat Reka Bentuk Kolaj Foto Sukan anda.

  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.

  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

  5. Simpan dan kongsi.

Buka Reka Bentuk Kolaj Foto Sukan yang baharu

Mulakan kolaj foto anda dengan koleksi foto stok kami yang besar

Perhatian! Anda mahu memulakan kolaj foto sukan anda daripada asas? Layari koleksi kami yang luas, yang mengandungi lebih 1 juta foto, ilustrasi dan unsur design stok untuk imej stadium, padang bola sepak dan pelbagai imej sukan. Dengan banyak imej tersedia secara percuma manakala imej premium hanya berharga $1, tiada alasan untuk anda mengabaikan pasukan sukan kegemaran anda.

Selepas anda selesai dengan perkara asas, mula menambah foto atlet kegemaran anda sendiri. Adakah anda bermain pemadang dekat untuk liga ladang? Anda juga boleh menambah foto permainan anda sendiri dan Canva akan menyimpannya semua dalam satu tempat, sedia untuk dicapai dari mana-mana sahaja.

Cetak kolaj foto anda sebagai inspirasi sukan anda

Sebaik sahaja anda menyiapkan inspirasi sukan ini, cetak kolaj foto sukan anda dan gantungkannya dalam loker gimnasium anda. Muat turun kolaj anda sebagai PDF berkualiti tinggi untuk dicetak daripada pencetak rumah anda atau hantar kepada pakar percetakan untuk menghasilkan poster.

Adakah anda berhubung dengan peminat lain pada Facebook? Buka kolaj anda dan klik “Kongsi” untuk mengirim kolaj anda dengan mudah ke Twitter, Facebook atau di mana-mana sahaja anda menyokong pasukan anda. Kumpulkan kesukaan dan sokong pasukan anda dengan kolaj foto anda!

Berkongsi dan bina kolaj anda dengan rakan dan peminat

Jadikan kolaj anda usaha berkumpulan! Jemput rakan dan peminat sepasukan anda untuk menyumbang detik-detik kejayaan kegemaran mereka dengan menjemput mereka bekerjasama mengusahakan kolaj foto sukan anda. Hanya klik “Kongsi” dan tandakan kotak untuk membolehkan individu lain mengedit reka bentuk anda, kemudian bina jadual penyumbang anda dengan menghantar pautan anda melalui mel. Kami memudahkan semua orang bekerjasama, sama ada mereka lebih gemar menggunakan Canva dalam talian, atau memuat naik foto mereka menggunakan aplikasi iPhone, iPad dan Android percuma kami!

More Designs