Cipta Dan Reka Menu Yang Membuka Selera

Pembuat menu restoran Canva membantu anda mengubah beberapa foto makanan dan ayat menarik kepada menu restoran profesional yang lengkap dalam masa hanya beberapa minit, jadi anda boleh kembali semula ke dapur.

How to make a restaurant menu - Canva

Membuat reka bentuk menu restoran dengan Canva adalah semudah menjerang air

Katakanlah anda membuat lasagna terhebat yang pernah diketahui dunia atau tex-mex pad thai anda yang sungguh lazat. Akhirnya anda mengikut nasihat yang anda dengari selama bertahun-tahun, lalu membuka sebuah restoran. Kemudian apa?

Banyak usaha perlu dilakukan untuk mengubah beberapa resipi yang baik dan merealisasikan impian membuka sebuah restoran sebenar. Canva boleh meringankan tugas yang berat ini dengan adanya pembuat menu restoran kami. Dengan pembuka selera, entree, sup dan masakan istimewa anda digabungkan dengan alat percuma Canva, anda boleh mencipta menu profesional yang akan menggembirakan deria dalaman terhadap makanan dan menarik perhatian pelanggan anda.

Cara untuk membuat menu restoran

  1. Buka Canva

    Lancarkan Canva di komputer meja atau mudah alih. Daftar diri jika anda pengguna baharu atau log masuk jika anda sudah mempunyai akaun. Buka halaman baharu dan mulakan reka bentuk anda dari awal atau cari templat yang sesuai untuk anda.

  2. Semak imbas templat

    Cari menu restoran terbaik daripada pustaka templat kami yang direka secara profesional. Gunakan alat carian untuk menyempitkan reka bentuk dalam pelbagai warna, susun atur dan tema, kemudian mulakan penyesuaian.

  3. Sesuaikan menu anda

    Cuba elemen daripada templat yang berbeza untuk menyempurnakan reka bentuk anda. Muat naik dan gunakan logo dan foto anda sendiri untuk menu yang benar-benar diperibadikan. Tentukan kombinasi fon dan warna anda dengan beberapa klik.

  4. Cuba lebih banyak ciri dan tambahkan lebih banyak elemen

    Perlukan lebih banyak imej untuk menarik? Cari di pustaka media besar kami yang dipenuhi dengan imej, ilustrasi dan vektor stok percuma dan premium. Bermain-main dengan penapis foto, bingkai dan grid untuk susun atur yang sempurna.

  5. Terbitkan atau cetak

    Siarkan menu restoran anda terus ke media sosial menggunakan pilihan Kongsi. Muat turun dan simpan sebagai PDF dan cetak untuk diserahkan kepada pelanggan anda.

Buka Reka Bentuk Menu Restoran yang baharu

Pastikan menu anda adalah menu semasa

Memiliki hidangan baharu yang istimewa dan bermusim? Tidak perlu bermula dari awal. Susun atur boleh tersuai memudahkan cara menggantikan foto dan menyunting teks bagi memastikan pemilihan menu anda segar dan terkini.

Selepas mengemas kini menu anda (dan mungkin melaraskan sedikit harganya), menu restoran anda sedia untuk dicetak dengan cepat. Sebaik sahaja menu anda selesai, klik butang Muat Turun dan simpan rekaan anda sebagai fail PDF sedia dicetak supaya ia sedia untuk dihantar ke cetakan profesional.

Perkukuhkan menu anda dengan reka bentuk yang unggul

Banyak lagi perkara untuk membuat menu yang menawan selain daripada gambar hidangan anda dan penerangan yang menyelerakan. Beri menu anda beberapa gaya design (atau reka bentuk) daripada pustaka amat besar kami yang mengandungi lebih 1 juta imej dan grafik stok. Banyak simbol, ikon, tekstur dan unsur design disediakan secara percuma manakala imej premium hanya berharga $1.

Ciri mudah alih Canva adalah mesra trak makanan

Adakah anda seorang cef yang berimpian tinggi dan sedia menerokai bukit-bukau cabaran untuk mengembara perjalanan kulinari? Canva boleh menemani anda. Anda boleh mengakses Canva dalam talian atau menggunakan ciri mudah alih sepenuhnya dengan aplikasi percuma kami pada iPhone, iPad dan Android.

Tiada laman web? Tiada masalah. Apabila anda mengirim tweet lokasi gerai makanan anda untuk mempromosikan burger keju anda, kongsikan menu anda dengan Canva. Hanya klik "Kongsi" dan anda boleh memautkan menu anda yang enak dan segar pada Facebook dan Twitter, atau pautkannya secara langsung kepada sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel. Pastinya semua orang akan datang mencuba burger anda yang mempunyai 16 cara hidangan.

Soalan Lazim

Menu restoran yang bagus:

  • Mudah dibaca
  • Serbaguna untuk musim yang berbeza
  • Dibahagikan kepada bahagian logik
  • Sedikit foto tetapi mempunyai ilustrasi yang menarik
  • Menggunakan tipografi tentang jenama dan tidak menekankan mata wang dalam harga
  • Menjadikan makanan anda lebih menyelerakan dengan nama yang kreatif dan penerangan yang lazat.

Warna yang berbeza boleh memotivasikan tingkah laku yang berbeza. Oren merangsang selera makan sementara coklat menandakan semula jadi dan kesucian. Hijau membuat pelanggan memikirkan bahan tempatan yang segar; kuning membuat orang berada dalam suasana yang baik dan merah menarik perhatian orang. Anda boleh mengeksperimen dengan skema warna dan melihat apa yang terbaik.

Lebih Banyak Design Untuk Bisnes