Kad Jemputan Masuk Rumah Baru ('Housewarming')

Berpindah rumah mungkin memberikan tekanan – tetapi jemputan ke majlis masuk rumah baharu anda tidak perlu begitu! Pustaka reka letak percuma kami sarat dengan jemputan mengagumkan sebagai pilihan, yang bermaksud anda tidak akan buntu dalam mendapatkan inspirasi.

Buat kad jemputan “Housewarming” yang tentu digemari tetamu anda

Lupakan kad jemputan yang biasa-biasa sahaja! Buat kad jemputan jamuan masuk rumah baru (housewarming) yang unik untuk meraikan perpindahan anda ke alamat baharu. Tetapkan tema parti dengan memilih fon dan warna yang sesuai dan memuat naik foto anda sendiri sebagai penampilan tersuai.

Anda boleh menyunting design anda pada bila-bila masa dan mencetaknya dalam resolusi tinggi yang menawan. Cukup mudah untuk membuat kad jemputan masuk rumah baru yang tentu disukai oleh tetamu anda!

Sesiapa sahaja boleh membuat kad jemputan jamuan masuk rumah baru dalam Canva

  1. Buka Canva dan pilih jenis design “Kad Jemputan”

  2. Pilih daripada ratusan susun atur yang direka bentuk dengan profesional

  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok

  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks

  5. Simpan dan kongsikan

Buat Kad Jemputan Jamuan Housewarming

Kad jemputan yang sentiasa kekal terkini

Kami tahu rancangan tidak semestinya berjalan seperti jangkaan anda – jadi kami menjamin anda boleh mengedit kad jemputan anda mengikut kesukaan anda. Anda boleh mengakses kad jemputan housewarming ini daripada laman Canva anda dan mengeksportnya setiap kali anda mengubahnya.

Pilih imej daripada pustaka stok profesional kami atau muat naik imej anda sendiri

Anda boleh menggunakan foto tempat lama anda mahupun buat sedutan khas untuk tempat baharu anda. Canva memudahkan anda menyesuaikan kad jemputan jamuan masuk rumah baru anda dengan membenarkan anda memuat naik seberapa banyak foto anda sendiri dengan percuma.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih unik, anda turut boleh memilih daripada pustaka kami yang terdapat 1 juta imej, ilustrasi dan grafik stok. Kebanyakannya percuma, dan selebihnya hanya berharga $1 setiap satu.

Soalan Lazim

Lebih banyak Reka bentuk