Cipta Pembentangan yang Merangsangkan untuk Gereja Anda

Berikan ceramah anda rangsangan visual dengan pembuat persembahan gereja percuma kami! Ahad depan, Canva akan kekalkan keterlibatan jemaah anda dan kanak-kanak pula memberi tumpuan.

Cipta slaid yang menyentuh hati dan perasaan dalam masa lima minit

Sama ada anda seorang pendakwah yang merancang slaid untuk khutbah, persembahan lagu untuk puja-pujaan atau membuat grafik bagi melengkapkan pertunjukan, pembentangan gereja yang sesuai boleh menghiasi sebahagian besar skrin penayang anda untuk tujuan tersebut.

Daripada penghiasan sehinggalah alat bantuan visual seperti petikan kitab dan lirik puji-pujian serta foto dan gambar rajah yang membantu memberikan pengertian khutbah, Canva meliputi pilihan daripada beratus susun atur dan koleksi yang melimpah-limpah melebihi 1 juta stok foto.

Buat pembentangan gereja yang akan memberikan inspirasi kepada orang

  1. Buka Canva dan pilih jenis design “Pembentangan”.

  2. Pilih daripada pustaka susun atur yang direka bentuk dengan cantik.

  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

  5. Simpan dan kongsi.

Buka Reka Bentuk Pembentangan Gereja yang Baharu

Dapatkan pembentangan yang cantik dan berkos rendah untuk gereja anda

Kekalkan belanjawan dalam kawalan adalah penting, dan kami tahu setiap hasil yang diperoleh adalah usaha anda. Anda boleh penuhkan skrin dengan latar yang cantik dan kata-kata yang menaikkan semangat tanpa menghabiskan hasil kutipan derma. Canva memberi anda capaian kepada pustaka lebih daripada 1 juta foto dan grafik untuk digunakan, dengan kebanyakan imej tersedia percuma dan imej premium hanya berharga $1.

Dengan Canva, anda juga boleh memuat naik imej milik anda dan masukkannya terus ke dalam pembentangan anda. Adakah anda mempunyai folder imej inspirasi yang disusun teliti dan diambil daripada Facebook? Penyunting kami membenarkan anda menambahkan imej tersebut kepada penbentangan anda dalam sekelip mata. Tambahan lagi, Canva menyimpan semua muat naik anda dalam awan, jadi anda boleh mencapainya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa anda mahu membuat design (atau reka bentuk).

Anda juga boleh gunakan Canva untuk mereka bentuk latar pembentangan – secara percuma.

Kongsi khutbah dan pengumuman segera ke media sosial

Ramai orang lebih gemar bersantai malas pada pagi Ahad. Jangan risau—mereka juga boleh melihat pembentangan anda! Buat pembentangan gereja anda dalam Canva dan dengan satu klik butang “Kongsi”, anda boleh sebarkan mesej anda pada Twitter, Facebook atau pada sesiapa sahaja melalui alamat e-mel.

Anda mahu menyertakan beberapa slaid daripada kumpulan remaja atau persatuan sekerja? Bekerjasama adalah lebih mudah dengan Canva. Hanya kongsikan pembentangan anda dengan sesiapa juga, dan tandai kotak “Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting” dan seluruh jemaah anda boleh menambah, menyunting dan mengubah suai pembentangan anda.

Luangkan lebih masa anda berkhidmat sebagai paderi

Antara muka intuitif kami yang mudah membolehkan anda dan pihak gereja untuk mengadakan pembentangan yang berkesan tanpa mengambil lebihan masa untuk mempelajari perisian pembentangan gereja yang mahal seperti Proclaim atau ProPresenter. Dan lebih kurang masa dalam penciptaan pembentangan bermakna anda mendapat lebih masa untuk menyediakan khutbah anda.

Canva memberi kebebasan untuk anda membawa pembentangan anda ke mana-mana sahaja. Muat turun aplikasi iPhone, iPad dan Android percuma kami untuk pembentangan mudah alih atau akses Canva dalam talian pada bila-bila masa. Anda juga boleh memuat turun slaid dan mencetaknya supaya anda dapat menyebarkannya dengan lebih meluas dan ke mana-mana sahaja.

More Designs