Laman utama Canva
  1. Cipta Jadual Mingguan

Cipta Jadual Mingguan yang Hebat dengan Canva

Blue Wave Pattern Weekly Schedule Planner

Editor seret dan lepas mudah

1J+ templat direka bentuk secara profesional

Reka bentuk daripada mana-mana peranti

Jemput orang lain dan reka bentuk bersama

Cipta jadual mingguan yang menarik perhatian dan lihat minggu anda sepintas lalu menggunakan templat dalam talian percuma Canva.

How to make a weekly schedule - Canva

Ingat janji temu penting dengan jadual mingguan

Satu minggu ialah tujuh hari peluang untuk menjadi produktif yang anda tidak mahu sia-siakan. Pastikan anda merancang minggu anda lebih awal dan ikuti aktiviti mingguan anda dengan perancang mingguan tersuai yang menarik perhatian dan mudah dikongsi dengan pasukan.

Pasukan anda mungkin lebih cenderung untuk melihat dan mengingati jadual mingguan yang menarik perhatian berbanding senarai yang membosankan. Penghasilan reka bentuk yang hebat tidak semestinya mengambil masa yang lama. Layari koleksi templat reka bentuk kami yang hebat, kemudian mula sesuaikan mengikut kehendak anda. Muat turun reka bentuk baharu anda untuk dicetak atau kongsi dengan rakan sekerja anda terus daripada Canva.

Cara membuat jadual mingguan

How to make a weekly schedule - Canva

Gunakan garis panduan atau garisan grid untuk menyusun jadual anda

Jadual mingguan adalah tentang struktur yang boleh menarik perhatian secara visual. Tambahkan grid pada jadual mingguan anda, sama ada jenis yang banyak imej atau perkataan dan anda akan berasa gembira dengan gabungan kedua-duanya. Garisan dan grid sesuai untuk reka letak yang menggunakan tipografi yang menarik, yang membantu jadual kelihatan lebih kemas, lebih teratur dan meningkatkan kebolehbacaan. Grid juga salah satu alat yang lebih fleksibel dalam Canva. Anda boleh mengisi jadual dengan imej, warna atau teks.

Gunakan editor intuitif Canva untuk menyesuaikan reka bentuk anda sepenuhnya

Jika anda tidak menyukai fon teks anda, hanya serlahkan teks dan pilih daripada lebih 130 fon. Tukar warna, saiz fon atau tebalkan teks dengan beberapa klik. Tiada apa-apa yang tersembunyi pada Canva. Canva direka bentuk untuk menjadi intuitif dan mudah walaupun untuk pengguna baharu.

Jika satu halaman tidak mencukupi untuk jadual mingguan anda, mulakan halaman baharu dengan menggunakan semula teks atau elemen lain yang anda cipta. Hanya klik "Tambah halaman baharu" dan buat satu salinan teks dan grafik yang anda mahu gunakan. Seret salinan kepada halaman baharu dan selesai.

Kongsi dan bekerjasama dengan kumpulan

Alat perkongsian memudahkan anda untuk berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain. Tambah sebanyak mana alamat e-mel yang anda suka dan jemput keluarga atau rakan sekerja untuk mengedit jadual. Perkongsian juga cara yang bagus untuk membolehkan orang lain melihat jadual mingguan anda dalam talian. Anda boleh memilih "lihat" dan orang lain akan dapat melihat jadual mingguan tersebut dalam talian tetapi tidak boleh melakukan pengeditan.

Soalan Lazim

Pertama, asingkan satu hari atau blok untuk merancang, sama ada hari Ahad atau Isnin. Kemudian bahagikan hari anda mengikut tema, cth. hari Selasa untuk kerja pentadbiran, Rabu untuk mesyuarat, Khamis untuk kerja mendalam dan Jumaat untuk budaya syarikat. Cipta senarai semak harian untuk memastikan anda mencapai semua matlamat anda.

Jadual mingguan akan kelihatan seperti jadual baris dan lajur dengan tujuh hari dalam seminggu di bahagian atas dan waktu hari di sebelah kiri. Jadual mungkin berkod warna dengan saiz blok yang berbeza, bergantung pada masa anda luangkan untuk melakukan setiap tugasan.

Menyusun jadual mingguan melibatkan pemilihan tema untuk hari yang berbeza, penyenaraian tugasan tertentu untuk dilengkapkan setiap hari dan pelabelan blok masa anda dengan tugasan tersebut. Anda mungkin meninggalkan lebih banyak ruang untuk menyenaraikan tugasan pada hari-hari yang lebih sibuk atau memasukkan ruang tambahan untuk menulis nota dan renungan.

Terokai lebih banyak sumber perancang


Lebih Banyak Reka Bentuk